Saturday 14 January 2012

Harga Sebuah Ujian

Biar melimpah, biar bertambah...
Biar berganda masalah melanda...

Kita harus tabah, kita harus pasrah...
menerima ujian Allah...

Kerana itu permainan duniawi...
Kerana itu tanda dikasihi...
Kerana Allah Maha Mengetahui...

Bukan untuk diseksa...
Bukan untuk dianiaya...
Tetapi bekalan akhirat semata...
Sebagai rahmat dari yang Maha Esa...
Memberi pahala tanpa disedari...
Jangan jadi hamba yang rugi...

Ingatlah...

Setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Tidak merugikan tetapi punya harga tersendiri...

No comments:

Post a Comment