Sunday 1 July 2012

KITA SEOLAH ANAK KECIL


Benarkah kita sekarang ini seolah anak yang kecil… ayuh kita merenung saat kita masih kecil… masih ingatkah ketika kita kecil ibu sering memaksa kita mengikut kemahuannya… memaksa kita makan ubat.. sedangkan ubat itu sangat pahit… adakalanya kita marah kerana ibu memaksa kita makan ubat yang pahit itu… begitu juga dengan suntikan… masa kita kecil kita takut dengan suntikan… apabila ibu atau ayah memaksa kita mengambil suntikan… kita takut dengan suntikan kerana sakit… kita meraung… menangis... kita kata “ibu jahat, ayah jahat” kerana memaksa mengambil suntikan… apabila kita dipukul… dimarah… kita kata “ibu tak sayang kita, ayah x sayang kita” masih ingat kan…?

Seorang anak kecil memang tidak mengerti dengan tindakan ibu bapa mereka… mereka tidak tahu itu adalah kebaikan untuk mereka… makan ubat supaya cepat sembuh… ambil suntikan untuk menguatkan ketahan badan… dimarah kerana kita melakukan kesalahan, dimarah kerana untuk membetulkan perbuatan yang salah itu… anak kecil memang tidak mengerti apa-apa sehingga melihat kebaikan itu nampak keburukan… sanggupkah ibu bapa melihat anaknya terus menerus sakit… terus menerus berkelakuan tidak baik… tidak sanggupkan? Adakalanya ibu bapa perlu memaksa, perlu memarah demi kebaikan anak kecil itu…

Mari kita lihat diri kita sekarang… kita sudah dewasa, kita bukan anak kecil… tapi perasankah kita, Kita ini seolah anak kecil… mengapa?

Lihatlah saat kita ditimpa ujian… ditimpa dugaan… kita sering merungut… “mengapa jadi begini…” “kenapa banyak sangat masalah…” “kenapa harus aku lalui semua ini…” benarkan…? Kita selalu mengeluh, merungut, adakalanya kita rasa terseksa dengan ujian… adakah DIA mendatangkan semua ini kerana DIA tidak sayangkan kita…? Kita seolah anak kecil yang tidak mengerti tentang semua ujian yang ALLAH berikan… padahal ujian-ujian itu semua adalah kebaikan untuk kita… kebaikan untuk hambaNYA… kita yang terlalu naïf dengan kebijaksanaanNYA… jadilah kita hamba yang redha, hamba yang memahami setiap ujian ada hikmahnya… kita tunduklah dengan kekuasaanNYA, kebijaksanaanNYA… yakinlah dengan setiap ketentuanNYA ada kebaikannya… janganlah kita menjadi anak kecil yang melihat kebaikan sebagai keburukan… jadilah hamba yang mengesakan, yang mengagungkan, yang mengabadikan diri kepada yang maha pencipta… ALLAH maha bijaksana, DIA menguji hambanya dengan kebijaksanaanNYA untuk mendidik hamba yang bertakwa… wallahualam…

No comments:

Post a Comment