Thursday 12 July 2012

Peribadi Yang Sangat Bahagia

Setiap manusia pasti ada ujian dan dugaan yang perlu dihadapi,
Adakalanya apabila kita tidak bersedia untuk menghadapi segala ujian 
kita sering berandaian,
kita selalu berandaian “kalaulah buat begitu begini pasti ini tidak terjadi” betul tak…?

Jangan…! jangan berandaian, jauhkan berandaian…
kita berandaian seolah kita mampu mengubah takdir yang telah ditetapkan.

Andaian adalah satu kritikan terhadap apa yang telah terjadi pada masa lalu…
hindari berandaian, jangan kita kufur dengan takdir,
apabila kita berandaian
kita telah diperalatkan oleh syaitan untuk kufur terhadap ketetapan Allah.

Ingatlah setiap kali kita berhadapan dengan dugaan atau takdir
katakan “ini adalah ketetapan Allah”
Bersikap redhalah dengan apa yang terjadi,
sibukkan diri dengan kerja-kerja amal,
Insya Allah kita akan peroleh kebaikan dariNya.

Sekiranya diamalkan, Insya’Allah kita punya peribadi yang sangat bahagia…(^_^)

Apabila kita redha kita tidak akan dihantui bayang-bayang dan beban masa lalu,
malah kita akan menerima perkara-perkara yang telah berlalu dengan lega
kerana kita telah menerimanya dengan redha dan rela…(^_^)

Bahagianya apabila kita bersikap redha,
Jiwa kita akan menjadi 
lebih kuat dan tidak rapuh dengan beban ujian hidup yang kita lalui.
Mereka yang tidak dapat menerima keadaan 
hanya akan dihantui kesedihan dan penyesalan.
Mereka yang redha akan lebih cepat pulih dari kejatuhan
malah mereka yang redha 
masih boleh TERSENYUM dan TERTAWA dengan dugaan yang dialami
kerana melihat dugaan dengan cara yang POSITIF. (^_^)

Belajarlah menerima apa jua yang terjadi dalam hidup kita,
Jauhkan daripada kesedihan atau penyesalan yang berpanjangan
Kerana semua yang berlaku dalam hidup adalah ketetapanNYa dan takdir dariNYA
Jalani apa sahaja yang tersedia untuk kita.
Kita tidak mampu mengundur waktu untuk menghindari apa yang telah terjadi.


SyurgaHati : semua yang berlaku adalah ketetapan Allah… biarlah apa yang berlaku biar berlalu pergi…(^_^)

No comments:

Post a Comment