Sunday 8 July 2012

Perisai Cabaran Kehidupan


Berapa banyaklah ujian yang kita lalui, kadang2 ada ujian yang membuat kita kalah dan lemah… sememangnya kita manusia yang lemah, walaupun kita lemah kita masih ada yang berkuasa bersama kita… ALLAH…;-)

Sejauhmana pun kita susah, DIA akan membantu kita… asalkan kita ingat padaNYA…

Ada satu pesanan dari Rasulullah, yang mungkin boleh membantu kita ketika menghadapi ujian… yang menariknya… jika kita ingat pesan Rasulullah ini ia merupakan satu perisai ajaib, perisai yang luar biasa apabila kita melalui cabaran hidup…

Jom kita renung seketika dengan pesanan Rasulullah ini

“raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolong kepada Allah dan jangan bersifat lemah.”

Dalam pesanan ini ada tiga langkah yang perlu kita lakukan apabila menghadapi cabaran, dugaan dan ujian dalam kehidupan…

Tersenyumlah dengan pesanan pertama baginda

“raihlah apa yang bermanfaat bagimu…” (^_^)

Tersenyumlah kerana di sebalik cabaran, dugaan dan ujian itu ada sesuatu bermanfaat kepada kita… jangan biarkan sesuatu dugaan yang kita hadapi membunuh kepekaan kita untuk meraih beberapa manfaat yang tertinggal. Bukankah setiap yang ditetapkan itu ada hikmahnya. Allah maha bijaksana wahai rakan2 ku… pasti ada hikmah disebalik kejadian, pasti ada manfaatnya..

Railah apa yang bermanfaat bagimu! Walaupun manfaat itu tidak seberapa untuk kita, tak apa… raihlah… kerana itu lebih baik daripada kehilangan manfaat itu…

Kamu akan tersenyum dengan manfaat itu, andai kamu masih bersedih dengan cabaran, dugaan dan ujian kehidupan yang kamu hadapi… ingatlah pesanan kedua baginda…

“minta tolong kepada Allah…” (^_^)

Tersenyumlah kembali wahai rakan2… jangan terus bersedih… mintalah pertolongan dari yang maha berkuasa… Allah sentiasa bersama kita… yakinlah dengan pertolongan Allah… yakinlah dengan ALLAH…;-) makanya sebahagian resah itu akan menjadi ringan… kerana kita yakin tidak ada yang mustahil bagiNya…

Andai dua langkah ini kamu dapat lakukan dengan baik ia sangat membantu untuk menghadapi cabaran hidup…

Dan pesanan baginda yang ketiga…

“JANGAN BERSIKAP LEMAH…” (^_^) pesanan yang sangat hebat...

Jangan bersikap lemah! KITA HARUS KUAT. Kuatkan diri dan renungilah masa depan. Biarkan perkara yang sudah berlalu dan kukuhkan diri kita. Sandarkan diri kepada yang maha kuat, pasti peroleh kekuatan yang besar untuk memulakan langkah baru…(^_^)

Tenangkan diri dihadapaNYA, jangan khuatir, kamu pasti ditolongNYA. Tidak perlu tergesa-gesa, pertolongan itu pasti datang. Mulakan dari awal dan berusahalah, Allah akan membantu kita dan menemukan jalan keluar.



SyurgaHati : Terimalah keadaan yang tidak menyenangkan itu. Terimalah dugaan dengan dada yang lapang dan penuh rasa redha.

No comments:

Post a Comment