Thursday 5 July 2012

Reka Cipta Indah


Subhanallah, maha suci Allah… DIA memang maha bijaksana… mereka yang tidak mengeluh mampu melihat keindahan disebalik perkara yang kurang menyenangkan… kita manusia adalah ciptaan yang sangat istimewa… kita punya akal yang telah dicipta dengan sungguh istimewa dari pecipta yang maha bijaksana… apabila kita fikirkan dengan akal yang waras pasti ada reka cipta indah disebalik kesusahan… Cuma kita sahaja perlu melihat dari satu sudut yang berbeza…

Melihat dari satu sudut yang berbeza…? Ya, melihat dari satu sudut yang berbeza… apabila kita melihat dari satu sudut yang berbeza, kita akan melihat keindahan di sebalik perkara-perkara yang kurang menyenangkan… kita semua mampu menjadi manusia yang tidak mengeluh, manusia yang sentiasa redha dengan setiap ketentuanNYA. Kita punya akal yang sangat istimewa…^_^


SyurgaHati ingin berkongsi sebuah cerita…



Suatu hari seorang anak bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang tengah bermain kemudian menoleh ke arah ibunya sambil perhatikan apa yang dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan. Dia bertanya kepada ibunya

“apa yang ibu lakukan?”

“ibu sedang menyulam nak” jawab ibunya sambil terus menusuk jarum dengan benang ke permukaan kain.

“tapi buat apa?” anak itu masih bertanya hairan. “sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat.”

Ibunya tersenyum. Lalu dia memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri.

“berdirilah nak!” ujarnya. “tengok sulaman ini dari atas sini”

Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa terkejut dan kagum dengan keindahanya.

“begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat dari bawah” kata anak itu.

Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak.



Begitulah dalam kehidupan. Kita hanya melihat sebahagian perbuatanNYA dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNYA. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari tempat yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza. Apabila kita mampu melihat keindahan itu, kita tidak akan mengeluh lagi bahkan kita akan kagum dengan reka cipta yang indah itu…^_^

No comments:

Post a Comment