Wednesday 12 September 2012

Jangan Terlalu Sedih


Ingat ayat 23 surah Al-Hadid yang bermaksud “supaya kamu tidak berdukacita terhadap apa yang telah luput dari kamu …” ini adalah firman Allah yang berpesan kepada hambaNya agar TIDAK BERDUKACITA... kenapa Allah berpesan...? kerana Allah lebih tahu dari hambaNya, Dia telah menetapkan segala-galanya untuk hambaNya.

Indah pesanan Allah ini... sesungguhnya Allah telah menetapkan takdir untuk kita... andai takdir itu buruk... Awal2 Allah dah pesan kepada hambaNya dalam surah Al-Hadid ayat 23 ini supaya kita tidak terlalu sedih atau berdukacita dengan apa yang telah jadi kepada kita, JANGAN BERDUKACITA kerana apa? Kerana ada perancanganNya yang lebih teliti, perancangan yang tidak terjangkau oleh kita sebagai hambaNya yang hina dan lemah ini...

Kalau difikirkan dengan pemikiran yang rasional... seseorang itu akan dapat menerima ketentuan buruk andai dia yakin dengan kekuasaan Allah, yakin dengan perancangan yang terbaik dariNya, kerana di kala dia menerima ujian, dia redha dengan ketentuan Ilahi dan memadam rasa dukcitanya dengan senyuman yang penuh keyakinan kepada Allah... PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA, sesungguhnya Allah lebih tahu dan bijaksana.

Lagipun, kalau difikirkan secara mendalam “adakah kesedihan atau dukacita itu akan berakhir sekiranya kita terus menerus bersedih?” jangan kerana kesedihan yang berterusan membuat kita lebih tertekan dan semakin susah, kerana itu Allah berpesan dalam ayatNya yang ke 23 dalam surah Al-Hadid supaya kita tidak terus menerus bersedih hingga terbawa-bawa ke arah putus asa. Yakinlah kepada Allah, perlu bersedih tetapi tidak perlu bersedih terlalu lama kerana ia memudaratkan.



SyurgaHati : Manfaatnya takdir untuk kita bersedia menghadapi ujian, tabah dengan ketentuanNya dan yakin dengan qada’ dan qadarNya.

1 comment:

  1. Terima kasih tuan sonatas tulisan ini. Saya sedang menarik tadabbur ayat ayat al- Quran untuk memujuk hati. Saya tak begitu faham dengan mengalaminya bila baca terjemahan. Sekadar baca dan tidak memahami maksudnya terkira dan kaitan dengan hidup sebenar. Terima kasih .

    ReplyDelete