Thursday 14 February 2013

Dunia Yang Merayu 3



Aik, ader 'Dunia Yang Merayu 3' plak...? hehehe, macam series pulak yer... nak mengupas memang panjang... takut nanti kalau letak dalam satu entri, panjang menjela pulak... silap-silap boleh boring pulak bacanya hehe... itu pasal SyurgaHati men'subtopic'kan tajuk hehe... Insya'Allah ni yang terakhir untuk entri bertajuk 'Dunia Yang Merayu'.

Cuma kali ini SyurgaHati nak menyentuh berkaitan zuhud… kita nie manusia memang takut sangat nak buat dosa, apatah lagi kat dunia nie yang sangat banyak kenikmatannya... bila banyak sangat kenikmatan nie kita takut kalau terlalai... Alhamdulillah, kita sedar akan tipu daya dunia nie. SyurgaHati menyentuh mengenai zuhud kerana maknanya zuhud adalah bersederhana… rayuan dunia tetap ada... rayuan dunia menyebabkan kita akan banyak ke arah duniawi... tetapi tidak bermakna kita perlu meninggalkan urusan dunia secara total… dalam zuhud, kita bersederhana dalam kehidupan dunia bukan meninggalkan kehidupan dunia... dalam kita mengejar urusan akhirat kita juga perlu berurusan dengan dunia… memang benar dunia ini hanyalah setitis air laut berbanding akhirat yang sangat luas, seperti luasnya lautan. Kenyataan ini jelas seperti dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dalam hadis riwayat muslim, dari Al-Mustaurid bin Syaddad r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda :

“Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu yang seorang di antara kamu semua memasukkan jarinya dalam air lautan,
maka cubalah lihat dengan apa ia kembali – yakni, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu sangat kecil nilainya dan
hanya seperti air yang melekat di jari tadi”
(Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun dunia ini terlalu kecil berbanding akhirat, namun ini tidak bermakna kita perlu meninggalkan urusan dunia. Yang perlu adalah mengamalkan sikap zuhud, bersederhana... teruslah mencari nikmat dunia, cumanya jangan kita terlalu asyik mengejar dunia. Nikmati hayat yang ada dengan urusan-urusan dunia yang boleh memberi manfaat dalam kehidupan dunia yang tidak mensia-siakan akhirat, nikmati hayat yang ada tanpa mengabaikan akhirat. Jalani kehidupan dunia tapi jangan terpengaruh dengan kebendaan, amalkan konsep memiliki tetapi tidak mencintai. Jangan terlalu mencintai dunia sehingga kita terpujuk dengan rayuan dunia.

Dalam kita menjalani kehidupan dunia ingatlah firman Allah ini :

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu”.
(Surah Al-Hadiid 57:20)

Dan ingatlah pesanan Rasulullah SAW :

“Siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur dan dunia datang kepadanya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia datang sekadar yang telah ditakdirkan baginya”
 (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Insya'Allah dalam mengejar keduniaan kita tidak terlalai, tidak terpujuk dek rayuan dunia. Akhirat tetap kita ingat, tetap kita jaga. Wallahu'alam...

Previous entri
Entri 73 : Dunia Yang Merayu 2 (KLIK)
Entri 72 : Dunia Yang Merayu    (KLIK)



SyurgaHati: Seperti ingin berlayar dilautan, sebelum belayar pastikan kapal dalam keadaan baik. Sekiranya ada kerosakan perbaiki walaupun kerosakan itu kecil. Jangan kerana kerosakan yang kecil kita hanyut dan tenggelam ke dasar lautan. Begitulah dalam menikmati keduniaan. sepanjang kehidupan, berhati-hati dengan kehidupan dunia jangan sampai kita kerugian. Rayuan dunia itu memang indah tetapi berwaspadalah, beringat-ingatlah. Moga kita bahagia di dunia juga bahagia di akhirat iaitu ke syurgaNya.

No comments:

Post a Comment