“Laila ha illallah” jangan sekali dilupakan kalimah ini…
biasakan lidah mengucap “La ilaha illallah”… kita semua mengerti maksud kalimah
ini dalam bahasa melayu iaitu tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah…
Masih adakah yang lebih berkuasa melainkan Allah…? MUSTAHIL…!
Ramai yang setuju bukan…? Maaf kata, kalau ada yang tidak setuju, kembalilah
kepadaNya… SyurgaHati percaya, yakin 100%, semua pembaca setuju tiada tuhan
yang lebih berkuasa melainkan Allah, amat mustahil kalau ada yang lebih
berkuasa melainkan Allah…
Jika benar pembaca setuju berarti… IMAN ADA DI DALAM DIRI
KALIAN…
Mungkin sahaja iman di dalam diri kalian itu nipis… namun
TIDAK MUSTAHIL iman itu akan menebal semula asalkan kalian sentiasa ingat kepada
pencipta kalian… bagaimana untuk setiasa ingat kepada pencipta kamu?
berzikirlah… sentiasa hidupkan kalimah “La ilaha ilallah” di dalam diri kalian,
dizahirkan pada lafaz lidah kalian, dihayati dalam hati kalian.
Kalian akui kekuasaan Allah bukan…? Sentiasa ingatlah kepada
Allah pada ketika kalian senang, juga pada ketika kalian susah… dengan
kekuasaanNya, tidak mustahil jika kalian ketika ini senang akan menjadi susah walau
sesaat selepas kesenangan. Dengan kuasaNya juga tidak mustahil ketika kalian
susah disaat ini akan senang sebentar lagi… maka sentiasa ingatlah kepadaNya.
Bagi mencapai
kesempurnaan iman dalam diri kalian, hayati ayat 255 dalam surah
Al-Baqarah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah (yang berhak untuk disembah), tiada Tuhan melainkan
Dia yang Maha Hidup lagi kekal dan terus menerus mengurus makhlukNya ….”
(Surah Al-Baqarah 2 : 225)
Teguhkan iman kalian dengan sentiasa mengingati kekuasaaNya.
“Bukankah Allah cukup untuk melindung hamba-hambaNya ….”
(Surah Az-Zumar 39 : 36)
“…. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk)
mengazab?”
(Surah Az-Zumar 39 : 37)
Maka, pembaca sekalian, sentiasa ingatlah kepada Allah.
Indahnya mengingatiNya ada disebut dalam surah Al-Baqarah ayat ke 152 yang
bermaksud :
“Kerana itu, maka ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku pula akan sentiasa
ingat akan kamu. ….”
(Surah Al-Baqarah 2 : 152)
SyurgaHati: Sentiasa ingat kepada Allah… bila kalian sentiasa
ingat kepada Allah hati kalian sentiasa tenang, iman kalian semakin tebal…
dalam hidup kalian Allah sentiasa bersama kalian… bila susah, kalian yakin
dengan pertolonganNya. Bila senang, kalian bersedia dengan ujianNya. Kembalilah kepada penciptamu, sentiasa ingat kepadaNya.