Ketahuilah bahawa
sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong, maka mohonlah pertolongan hanya
kepadaNya dalam melaksanakan segenap tanggung jawab terhadapNya, nescaya Allah
akan menolong kita. Hal ini amat bertepatan dengan firman Allah yang maksudnya
:
“Dan kepada Engkau sahaja (ya Allah) kami
mohon pertolongan.”
( Surah Al-Fatihah : 5 )
( Surah Al-Fatihah : 5 )
Mohonlah selalu
kepadaNya supaya kita dianugerahkan hidayah dan taufik daripadaNya (sebagai
bekalan yang amat berguna dalam hidup kita di dunia dan akhirat. Hal ini juga
sering diulang dalam solat setiap muslim lelaki dan perempuan.
“Tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat ke atas mereka dan bukannya jalan orang yang Engkau benci (yahudi) dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan (nasrani/kristian).”
( Surah Al-Fatihah : 6 – 7 )
Mohonlah kemantapan iman kepada Allah, agar kita dicintai di sisiNya dan kita dapat merasakan kemanisan iman dan menjadikan iman itu indah di dalam diri kita. Allah s.w.t. menjelaskan :
"Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan
menjadikan iman itu indah di dalam hati kamu."
( Surah Al Hujurat : 7 )
( Surah Al Hujurat : 7 )
Bertawakal (berserah) hanya kepada Allah, pasti Dia
akan mencukupkan segala tuntutan hidup kita. Perkara ini dijelaskan oleh Allah
dalam firmanNya yang bermaksud :
"Sesiapa yang bertawakal hanya kepada Allah, nescaya
Allah akan cukupkan segala keperluannya"
( Surah At-Talaq : 3 )
( Surah At-Talaq : 3 )
Berdoalah hanya kepada Allah, kita mesti yakin
bahawa sesungguhnya Allah tidak sekali-kali alpa terhadap apa yang kita
lakukan, jadikanlah Dia sentiasa mengawasi kita di waktu pagi dan petang. Allah
ada menyebut :
"Dan Allah sekali-kali tidak alpa dari apa yang kamu lakukan"
( Surah Al-baqarah : 74 )
Sahabat, perlu diketahui dan selalu mengingati bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Bertapa hati kita menghendaki untuk berdekatan dengan siapa yang kita cintai. Betapa hati kita begitu ingin untuk berdekatan dengan sesiapa yang mampu melindungi diri kita, siapa lagi kalau bukan Allah Yang Maha Kuasa. Cintai Allah, ternyata sifat sabar membuat Allah bersama kita, dalam firmanNya :
"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar."
( Surah Al-Baqarah : 153 )
Melalui solat dan sabar, kita mempunyai keperibadian yang tenang dan kita akan mampu berfikir dengan lebih telus pada akhirnya akan memperbesarkan lagi peluang untuk menemui jalan keluar dan mempercapatkan pula datangnya pertolongan Allah
SyurgaHati :
Solatlah siang dan malam… kerana dalam solat kita banyak berdoa… berdoalah
hanya kepada Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya… solat
dan berdoa menunjukkan kita hambaNya yang taat kepadaNya… ganjaran orang yang
taat adalah ketenangan dalam hati, syurga di dalam hati dan balasan syurga yang
sangat indah, mempersona, penuh dengan kedamaian dan kasih sayang… sungguh
syurga di akhirat adalah balasan orang-orang yang taat, beriman, dan beramal
soleh tanda kasihNya kepada hamba-hambaNya.
No comments:
Post a Comment