Sunday 20 November 2011

Ukiran Keindahan Dalam Hati

“Sang rama-rama ceria bersama bunganya” adalah hiasan indah dalam hati aku. Keceriaan dalam hati adalah umpama syurga di dalam hati, keceriaan membuat kita bahagia dan tenang. Menghiasi keceriaan dalam hati menutup lakaran-lakaran resah. Aku menghias hati ini dengan melihat kebahagiaanya.


Hiasan Kasih Indah

Dia umpama rama-rama,
Terbang bebas ceriakan suasana,
Rama-rama yang sukar dihampiri,
Terbang bila cuba dihampiri,
Lalu menghinggapi bunga,
Mengecapi kemanisan bunga,
Andai aku bunga itu,
Akan kuberi keinginanmu,
Membiar kau merasai kenikmatan,
Akan kuelakan dari kehampaan,
Namun aku bukan bunga itu,
Aku hanya daun yang hijau.

Andai kau rama-rama itu,
Aku tidak akan menangkapmu,
Membiar kau bebas berterbangan,
Bebas mencari bunga kesukaan,
Berhati-hati apabila mencari,
Jangan sampai hujan membasahi,
Kerana air merosak sayapmu,
Izinkan aku memayungimu,
Maka jangan pernah menjauhiku,
Kerana aku ingin melindungimu,

Apabila menghinggapi bungamu,
Harap daun di atasmu,
Aku rela menjadi daun,
Daun yang melindung,
Melindung rama-rama dari kebasahan,
Ketika menikmati kemanisan,
Kemanisan bunga akan ke penghujungnya,
Perlindunganku tiada penghujungnya.



“Sang rama-rama ceria bersama bunganya” adalah hiasan indah dalam hati aku.
Jika hati ini lutsinar bak kekaca, pasti nampak ukiran keceriaan itu.
Disimbahi sinaran, ukiran keceriaan itu menjadi semakin indah
Tapi, sinaran itu hanya akan hadir daripada pancaran cintamu

Cinta sudah ada untukmu,  hanya menunggu sinar darimu

SyurgaHati : Doa umpama daun hijau yang melindungi kamu.

No comments:

Post a Comment