Thursday 20 December 2012

ISTIGHFAR


Ramai yang tahu istighfar itu mohon pengampunan dari Allah... berapa ramai yang tahu banyak kelebihan beristighfar... istighfar boleh dikatakan satu ungkapan yang mudah dilafazkan

“Astaghfirullahal’azim... Astaghfirullahal’azim... Astaghfirullahal’azim...”

mudahkan? Yang mudah inilah paling banyak manfaatnya, paling besar ganjarannya...

Pernah terbaca dalam satu sumber bacaan, Saidatina Aisyah RA pernah menyentuh mengenai istighfar “berbahagialah sesiapa yang mendapati  banyak istighfar dalam buku lembaran amalannya” sungguh, dengan beristighfar ia adalah amalan yang sangat mudah tetapi besar ganjarannya di sisi Allah.

Dalam Al-Quran, begitu banyak ayat yang berkaitan dengan Istighfar... SyurgaHati tertarik dengan sebahagian daripada ayat Al-Quran untuk dikongsikan bersama... ayat-ayat yang menarik itu, Surah Ali Imran (3:135),  Ghafir (40:55), surah Hud (11:3) dan Muhammad (47:19)


Dalam Ali Imran surah ke-3 ayat 135 yang bermaksud

“dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan (istighfar) atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui”
(Ali Imran 3:135)

Sangat jelas, ayat ini menunjukkan kita perlu segera memohon pengampunan dari Allah jika kita melakukan dosa, memang tiada sesiapa yang akan mengampunkan dosa selain Allah... maka sentiasalah pohon pengampunan kepada Allah pagi dan petang seperti dalam surah Ghafir ayat 55 :

“maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun (istighfar) untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang”
(Ghafir 40:55)

Memang menarik ayat 55 dalam surah Ghafir ini, Allah suruh kita bersabar janji Allah itu benar... maka, banyaklah beristighfar mudah-mudahan Allah ampun dosa kita dan paling best jika dosa kita diampunkan kita selamat dari NerakaNya malah kita akan terus berbahagia hingga ke SyurgaNya... sesungguhnya itulah janji Allah pada hari kiamat nanti kepada orang yang bersabar, memohon keampunan dariNya dan sentiasa mengingatiNya seperti dalam surah Hud ayat 11 yang disebut hari kiamat sebagai ‘hari besar’

“dan hendaklah kamu memohon ampunan (Istighfar) kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberi kurniaanNya kepada setiap orang yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (kiamat)”
(Hud 11:3)

Dalam ayat ini dinyatakan lagi kelebihan bagi orang beristighfar, orang yang beristighfar akan diberikan kenikmatan yang baik bila sampai waktunya... kerana itu kita perlu bersabar, pasti ada yang terbaik dariNya dan menjadi satu kurniaanNya kepada kita daripadaNya.

Nak masuk syurga takkan nak masuk sorang-sorang, kita mesti nak bawa sekali orang-orang  yang kita sayang, orang yang kita cinta kan... haa... dah tau kan beristighfar atau memohon keampunan tu boleh bawa kita ke Syurga... nah, dalam surah Muhammad ayat ke 19 ni kita boleh bawa orang-orang yang kita sayang, yang kita cintai ke SyurgaNya dengan mohon ampun untuk orang-orang lain... mohonlah keampunan untuk dosa-dosa orang mukmin yang lain seperti yang dinyatakan dalam ayat 19 surah Muhammad

“maka ketahuilah, bahawa tidak ada tuhan (yang patut disembah) selain Allah, dan mohonlah ampunan (istighfar) atas dosamu dan atas (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu”
(Muhammad 47:19)

Semoga dengan memohon keampunan untuk orang-orang yang kita sayang, yang kita cintai, mereka semua diampunkan dosa-dosanya dari yang Maha Pengampun... dan yang paling best kita bersama-sama dengan orang yang kita cintai di SyurgaNya...

Haa... perasan tak dalam ayat 19 surah Muhammad tadi ada sebut “.... Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu” dari ayat nie kita tau Allah mengetahui usaha kita... kalaulah kita sudah berusaha macam-macam tetapi masih juga tiada hasil, bersabarlah, beristighfarlah...

Rasulullah SAW menyatakan istighfar adalah penawar kepada pelbagai masalah dengan sabdanya:

“barangsiapa banyak beristighfar , nescaya Allah memberikan kelapangan baginya daripada setiap kecemasan, jalan keluar dari setiap kesempitan, serta memberinya rezaki dari arah yang tidak disangka-sangka”

(kata Syeikh Hasan, diriwayatakan oleh Ahmad, cerita ini terdapat dalam periwayatannya, juga Ibnu Majah dan Hakim dalam Al-Mustadrak, dia mengsahihkannya. Begitu pula Syeikh Ahmad Syakir (Harmisy I-Musnad; IV/55) – di ambil dari buku ‘Dahsyatnya Energi Syukur Istighfar Muhasabah’)


Istighfar adalah penyelamat kepada kita, dalam sebuah kitab ‘Dalilus Sailin’ hal 42 karya Anas Ismail Abu Dawud tertera sesuatu yang agak menarik daripada kata-kata Imam Ali(Sayidina Ali Abi Talib)...

Dia(Imam Ali) berkata
“aku berasa hairan terhadap seseorang yang hampir ditimpa musibah namun dia masih mempunyai penyelamat. Aku bertanya kepadanya(Imam Ali), apa penyelamatnya? Dia menjawab, Istighfar.”

Sungguh, istighfar penyelamat kita ketika ditimpa musibah, yakinlah kita kepada Allah... Al-Quran, Hadis, kisah para sahabat banyak menyentuh mengenai istighfar. Ayat-ayat Al-Quran membantu kita sebagai umat akhir zaman, umat Nabi Muhammad SAW. seperti kata Qatadah Bin Nu’man

Al-Quran, kata Qatadah Bin Nu’man menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Penyakit kalian adalah dosa dan ubat kalian adalah Istighfar

Di saat-saat kita lupa diri itulah Allah ‘mencubit’ kelakuan kita dengan ujianNya, sehingga kita mahu beristighfar kepadanya.


Hikmah Beristighfar : Berjaya Hamil (KLIK)
Hikmah Beristighfar : Hujan Rahmat (KLIK)
Hikmah Beristighfar : Rezeki Dipermudahkan (KLIK)
Beristighfar Amalan Terpuji (KLIK)



SyurgaHati: Banyak kelebihan istighfar, moga kita melakukan amalan yang kecil ini tetapi mempunyai banyak manfaat dan besar ganjarannya di sisi Allah. Tenangkan hati dalam beristighfar.

Saturday 8 December 2012

Beristighfar Amalan Terpuji


Beristighfar adalah menjadi amalan kepada orang-orang beriman, istighfar juga telah menjadi amalan dan tradisi manusia terpilih termasuk para nabi. Banyak kisah-kisah nabi dalam AL-Quran yang beristighfar kepada Allah. Sungguhpun kita manusia biasa, rahmat Allah itu luas untuk hamba-hambanya. Kita tetap mendapat nikmat dariNya. Para nabi sentiasa memohon keampunan kepada Allah, sentiasa beristighfar kepada Allah. Mereka melakukan semata-mata untuk mendapat redha daripada Allah sungguhpun para nabi ini telah memang dijanjikan syurga pada mereka.

Nabi Adam beristighfar kerana rasa bersalah, baginda mengucapkan kata-kata penyesalan dan baginda mohon keampunan (Al-A’raf 7:23)

Nabi Nuh mengharap pengampunan Allah selepas baginda bertanya tanpa ilmu (Hud 11:47)

Nabi Dawud juga pernah tersungkur dan minta keampunanNya (Shaad 38:24)

Nabi Sulaiman meminta keampunan dan kerajaan (Shaad 38:35)

Nabi Musa menyedari kesalahannya memukul orang Israel kerana membela kaumnya (Al-Qasas 28:16)

Setelah anak-anak Nabi Yaakub melukai hati ayahandanya mereka membuang Nabi Yusuf ke dalam hutan, kemudian pada hari Nabi Yusuf menjadi Raja Mesir, anak-anak Nabi Yaakub meminta maaf. Nabi Yaakub bukan hanya memaafkan anak-anaknya yang mengecewakannya; baginda bahkan memohon keampunan untuk mereka (Yusuf 12:98)

Selepas Azar, ayahanda Ibrahim menyakiti anaknya dengan merejam, Nabi Ibrahim tidak membalas dengan tindakan kejahatan yang serupa, sebaliknya baginda memohonkan keampunan untuk ayahnya (Maryam 19: 46-47)

Beristighfar merupakan amalan terpuji yang menjadi kegemaran para malaikat seperti yang disebutkan dalam Al-Quran surah Ghafir ayat 7

“(malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada disekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadaNya serta memohonkan keampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berkata), “Ya tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada padaMu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan(agama)Mu dan peliharalah mereka dari azab neraka”
(Ghafir 40:7)

SubhanAllah, sungguh terpujilah orang-orang yang beristighfar sehingga para malaikat mendoakannya. Insya’Allah, walaupun kita manusia biasa banyakan beristighfar seperti para nabi moga kita peroleh rahmat berkat doa daripada para malaikat.



SyurgaHati: Astaghfirullahal’azim… Astaghfirullahal’azim… Astaghfirullahal’azim… moga kita menjadi hamba yang sentiasa berada dalam jalan lurusNya, moga Allah ampunkan dosa kita dan membimbing kita ke jalan menuju ke SyurgaNya…

Monday 3 December 2012

Keindahan Al-Fussilat : 30


Selain membaca, SyurgaHati suka berkongsi sesuatu yang menarik…  SyurgaHati kali ini tertarik dengan satu Ayat Al-Quran dalam Surah Al-Fusilat ayat 30

“sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, “janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”

Menarikan ayat nie… daripada ayat nie SyurgaHati percaya, kamu pasti tenang dan gembira dengan janji Allah… makanya kita haruslah yakin kepada Allah, dan tetapkan pendirian kita kepada Allah…

Kita lihatlah sekeliling kita, diri kita… adakah kita hidup ini hanya sia-sia, hanya hidup melaui ujian semata, hidup dengan melalui segala susah kehidupan… tidak…

Hidup kita tidak sia-sia
Ujian yang kita lalui juga tidak sia-sia, ujian yang kita lalui adalah untuk menghiasi warna kehidupan… kita lihat pelangi… cuba kamu melukis pelangi dengan satu warna… x cantikkan… cuba pula kamu melukis pelangi mengikut warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo(biru gelap) dan ungu… cantikkan pelangi tu… begitulah keindahan kehidupan yang telah Allah tetapkan dalam hidup kita… Yakinlah kepada Allah… apa yang telah ditetapkan adalah corak kehidupan untuk kita… corak yang dicipta Allah untuk kita adalah corak yang terbaik dari yang Maha Mengetahui.

Kita lihat pula sekiranya kita sering melalui kesusahan dalam hidup… Adakah Allah menzalimi kita dengan kesusahan yang diberi kepada kita…? Tidak… Allah tidak menzalimi hambaNya… ada sesuatu yang kita tidak tahu disebalik kesusahan yang kita hadapi… makanya yakinlah kepada Allah… teguh pendirian kita kapada Allah… Allah itu tuhan kita… Allah itu Maha Berkuasa… Allah itu Maha Bijaksana… Andai kita dalam kesusahan… yakinlah kepada Allah, sesungguhnya kesusahan yang diberiNya ada kebaikan untuk hamba-hamba yang dikasihiNya…

Janganlah takut, janganlah bersedih hati… yakinlah kepada Allah… terlalu banyak cerita-cerita mereka yang sering di uji Allah namun akhirnya… SYURGA tempatnya… sesungguhnya mereka yang berjaya ditempatkan di Syurga adalah mereka yang YAKIN KEPADA ALLAH… mereka teguhkan pendirian mereka walaupun mereka melalui segala kesusahan dalam hidup… dan Allah membalas dengan kegembiraan yang tiada penghujung di Syurga…



SyurgaHati: Indahnya ayat Allah dalam Al-Quran kalau kita kupas satu persatu ayatnya… memang dalam bahasa arab kita tidak mengerti maksudnya… namun, syukur sekarang sudah banyak tafsir Al-Quran dalam bahasa melayu… kita boleh menghayati keindahan ayat Al-Quran… SubhanAllah…

Wednesday 28 November 2012

Hikmah Beristighfar : Rezeki Dipermudahkan

Sebuah lagi kisah yang SyurgaHati ingin berkongsi berkait dengan hikmah beristigfar ialah dipermudahkan rezeki. Ya, dengan melalui istighfar Insya’Allah dipermudahkan rezki oleh Allah ini mengikut kepada hadis Rasulullah SAW dan dalam Al-Quran surah Nuh ayat 10 hingga 12.

Dalam Hadis:

“Barangsiapa banyak beristighfar , nescaya Allah memberikan kelapangan baginya daripada setiap kecemasan, jalan keluar dari setiap kesempitan, 
serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”


Dalam Al-Quran surah Nuh ayat 10 – 12:

“Maka aku(Nuh) berkata kepada mereka, mohonlah keampunan kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, 
serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”


Kisah yang SyurgaHati ingin berkongsi bergini,

Salah seorang peniaga pergi ke pasar untuk menjual barang-barang jualannya. Pasar pada ketika itu penuh sesak dengan peniaga dan pembeli. Dia duduk di tempat yang sudah disediakan untuk berniaga, dia menyusun barang-barang yang akan dijual. Dia duduk di samping barangnya itu. Lama dia menunggu, namun tiada yang mahu membeli. Ada yang datang kepadanya, melihat barang-barang jualannya, tetapi kemudian mereka berlalu begitu sahaja. Dia sedikit kecewa kerana dia sangat memerlukan wang. Dia tiada pilihan selain menunggu barang jualannya dibeli orang.

Waktu sudah lama berlalu, namun tidak ada seorangpun yang membeli. Dia berasa sedih dan mula berfikir apa yang harus dilakukannya? Tiba-tiba, di fikirannya terlintas apa yang didengarnya daripada salah seorang imam masjid, yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa banyak beristighfar , nescaya Allah memberikan kelapangan baginya daripada setiap kecemasan, jalan keluar dari setiap kesempitan, serta memberinya rezaki dari arah yang tidak disangka-sangka” Dia pun membuang segala penghalang lidah dan hatinya untuk banyak beristighfar.

Dia berkata, “demi Allah, sebaik sahaja aku mula beristghfar, ramai pelanggan datang kepadaku. Mereka berebut-rebut ingin membeli barang jualanku, yang satu menawarkan dengan harga tertentu sedangkan yang lain menawarkan dengan harga yang lebih tinggi. Hatiku benar-benar gembira dan barang-barangku habis dijual. Alhamdulillah, aku membawa pulang wang hasil jualan aku hari itu, sedangkan kedua mataku tidak berhenti-henti bercucuran air mata, kerana sudah lama aku melupakan simpanan tetap berharga ini, iaitu ISTIGHFAR.



SyurgaHati : kisah ini diambil dari sebuah buku ‘Dahsyatnya Energi Syukur Istighfar Muhasabah’, rujukan daripada Dahsyatnya istighfar, Hasan Bin Ahmad Hamam, Mumtaza, Solo, h. 88-90. Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama dipermudahkan rezeki. Semoga kita tenang dalam mencari rezeki. Astaghfirullahal’azim... Astaghfirullahal’azim... Astaghfirullahal’azim...