Friday 21 September 2012

Nasihat Imam Ali R.A.


" Wahai anak Adam,
janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan,
janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran,
janganlah berduka dengan bencana,
jangan (keterlaluan) bersenang dengan kelapangan
kerana emas itu diuji dengan api.
Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala.
Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang kau inginkan
kecuali dengan meninggalkan semua yang kau inginkan.
Engkau tidak akan mencapai cita-citamu
kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai.
Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardhukan."



Banyak nasihat yang kita dapat dari nasihat Imam Ali r.a ini dalam melalui kehidupan sebagai hambaNYA. Menerima segala ketetapan dengan wajar dan tidak berlebihan. Sememangnya kita perlu tahu bahawa kesusahan dan kesenangan selalu datang dalam hidup kita. Semuanya adalah ketetapan Allah yang perlu menghadapinya dengan bijak dan lebih bersedia.

Antara lain nasihat yang kita dapat. Dalam kehidupan kita perlu diuji sebagaimana emas yang diuji dengan api. Api itu panas dan mencairkan emas, namun api itu digunakan untuk mengeluarkan emas yang lebih berkualiti. Begitu juga dengan kehidupan sebagai manusia, kita sering diuji dengan dugaan oleh Pencipta untuk menghasilkan manusia yang berkualiti. Kerana itu kita perlu menerima segala dugaan untuk menjadi hamba yang soleh solehah.

Janganlah kita terlalu sedih dan juga janganlah terlalu gembira, kerana kesedihan dan kegembiraan itu hadir seketika, ia akan datang dan pergi. Dalam kehidupan kita perlu bersederhana, kita bersyukur jika peroleh nikmat, kita bersabar jika peroleh dugaan. Syukur dan sabar memberi manfaat kepada kita, melonjak kita untuk menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment