Sunday 25 March 2012

Langkah Membuat Pilihan


Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.

Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.

Setelah keputusan dibuat, bertawakallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.

Seandainya timbul cabaran atau muncul kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.

Monday 19 March 2012

Jodoh Rahsia Allah


Memang seronok apabila bicara tentang cinta... tidak tergambar kebahagiaan apabila kita di dalam alam percintaan, begitu indahnya cinta... berbunga-bunganya cinta... indahnya hidup kerana ada teman istimewa... saat dilalui bersama sangatlah bahagia... bercinta memang sangat indah...

Tidak akan ada siapa menolak bertapa indahnya cinta... melainkan apabila cinta itu putus di tengah jalan barulah terasa bertapa peritnya cinta... sakitnya cinta... memang sakit bila cinta dilukai... peritnya sehingga membawa kita takut untuk bercinta... kesan luka kerana cinta sangat dalam... sangat memberi kesan... dan...

Persoalan mungkin timbul “kenapa hadirnya cinta itu kalau dia bukan jodoh kita”

Bukankah jodoh itu rahsia Allah... Allah memang telah menetapkan siapa jodoh setiap hambaNya...

Lumrah manusia yang ingin dicintai dan mencintai, cinta kadang2 hadir tanpa kita minta... cinta kadang2 hadir tanpa kita sedari... cinta akan hadir di setiap hati manusia, memang itu naluri yang Allah berikan kepada manusia... ingin dicintai dan ingin mencintai...

Kita bukan siapa untuk menolak takdir Allah, kita mungkin merancang, tetapi yang menetukan adalah Allah... begitu juga JODOH, kita mungkin merancang ingin menjadikan dia pasangan hidup kita hingga akhir hayat kita, tetapi Allah lah yang menetukan segala-galanya. Mungkin dia yang kita inginkan itu adalah memang jodoh kita, mungkin juga dia yang kita inginkan itu bukan jodoh kita.  Allah lebih mengetahui.

Tidak salah untuk kita memilih siapa pasangan hidup kita. Kalau benar kita sayang dan cinta pada seseorang itu, itu takdir Allah. Allah telah tetapkan kita jatuh cinta padanya. Berusahalah untuk memilikinya, bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu itu. Betulkan niat kalau kita benar-benar cintakanya... adalah baiknya kalau kamu mencintainya kerana Allah. Selepas berusaha, berserahlah kepada Allah. Perlu diingat JODOH RAHSIA ALLAH, bersyukurlah kalau yang kita cintai itu jodoh kita... dan redhalah kalau yang kita cintai itu bukan jodoh kita...

Thursday 8 March 2012

Senyum Dalam Resah


Bila kamu tidak menyintai jangan memaksa untuk menyintai kerana cinta tiada paksaan.
Bila kamu tengah menyintai teruskan menyintai kerana bukan mudah untuk menghentikan perasaan cinta... namun jika cinta kamu ikhlas kamu akan tersenyum dengan dua kemungkinan...

kemungkinan pertama orang kamu cintai akan mula mencintaimu, kerana cinta itu boleh dihadirkan oleh Allah... tersenyumlah jika ia terjadi...

kemungkinan kedua orang yang kamu cintai tak akan mencintai kamu, juga tersenyum jika ia terjadi... kerana kamu tidak memaksanya untuk menyintaimu sebab cinta kamu suci bukan paksaan...  bertuahlah siapa yang memperoleh cinta suci kamu itu... tersenyumlah kerana kamu punya hati yang suci... wallahu’alam...

bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah... itulah cinta kerana Allah...;-)