Sunday 9 October 2011

Takdir… Jangan Bergelut Tetapi Menari Dengannya...

Takdir adalah sesuatu yang telah ditetapkan olehNya… Dia telah menetapkan segala perjalanan hidup hambaNya… kadang-kadang takdir itu berupa kejayaan, kegembiraan, kesenangan dan kadang-kadang juga berupa kegagalan, kesedihan, kesukaran.

Sekiranya kita berhadapan dengan ujian dan dugaan, itu adalah takdirNya. Sebagai hamba kita harus menerima apa yang telah ditetapkan kita. Percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ujian atau masalah itu sebenarnya adalah penilai bagi iman kita.
(mungkin ini adalah hikmahnya, menguji keimanan kita)

Jika kita benar-benar redha dan pasrah dengan aturan Allah, kita hanya akan tersenyum dan menerima apa sahaja yang Allah aturkan pada kita.

Sebagai hamba kita harus akur dengan kekuasaanNya dan ketetapanNya, jadikanlah rukun iman ke-5 sebagai pegangan kita iaitu “percaya kepada qada’ dan qadar”. Kita harus teguhkan iman dan bertawakal kepada Allah selepas berusaha.

Janganlah kita bergelut dengan takdir, tetapi menerima takdir itu dan menari bersama-sama takdir itu. Maksudnya terimalah takdir dan laluilah takdir itu dengan redha, sebagaimana menari mengikut alunan melodi. Kerana itu adalah peranan dan tanggunjawab manusia. Berusahalah dan kemudian bertawakal.

"berusaha sebaiknya pada potensi tertinggi yang mampu di capai 
bahkan hasilnya pula di serahkan pula kepada Allah."

"Biarlah kita yang mentadbir diri kita 
tapi jangan kecewa dengan apa yang telah di takdirkan untuk diri kita."

Uruskan minda, hati dan fikiran dengan pelaksanaan takdir. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang soleh solehah. Terimalah takdir moga kita menjadi lebih baik, hamba yang bertakwa.

Menjadi baik itu adalah fitrah manusia begitu juga dengan soleh dan solehah.

Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini adalah pilihan sama ada berlandaskan nafsu atau ilham takwa daripada Allah.

Beruntunglah bagi hamba-Nya yang Allah kurniakan takwa yang mana Allah bimbing hamba-Nya yang dikasihi dalam tiap apa yang dia lakukan agar dapat menggapai redha-Nya.

Oleh sebab itu...
sentiasalah memohon kepada Allah agar tiap apa yang kita lakukan mendapat bimbingan daripada Allah kerana sesungguhnya dengan rahmat Allah lah kita dapat masuk syurga.

DIA sudah lama meyakinkan kita melalui firmaNya :

"ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
(Surah al-Baqarah:286)

Allah S.W.T yang mencipta manusia,
maka DIA  mengetahui kemampuan manusia yang dicipta-Nya…
Oleh itu suruhan dan larangan-Nya tentulah bersifat “mampu dibuat sahaja”…;-)


Islam itu Indah,
Indahkanlah dirimu dengannya,
Agar hidupmu terpelihara dan sentiasa dalam keredhaanNya.
-elyas-



No comments:

Post a Comment