Suatu ketika
dulu pernah dengar bacaan dalam video bawah nie, mase tu x tau ayat mane surah
mana... tapi rupa-rupanya ade bagi tau kat awal2 video bacaan hehe... x perasan
asyik sangat dengar alunannya... Surah Al-Mu'minun ayat 94 hingga akhir ayat
118... dah tgk kat tafsir Al-Quran, tahulah kenapa yang baca surah nie
menangis... huhu...
Qari mula berasa sebak pada ayat ke 99 :
"Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata
"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia)"
(Surah Al-Mu'minun : 99)
sambungan ayat ke 100, Qari mula menangis... maksud ayat ke 100 :
"Agar aku dapat berbuat
kebajikan yang yang telah aku tinggalkan.",
SEKALI-KALI
TIDAK(dikembalikan). ...."
(Surah Al-Mu'minun : 100)
Setelah mati kita TIDAK DIBERI PELUANG lagi untuk berbuat kebaikan... amat
sedih kalau kita tidak melakukan kebaikan semasa hidup... dan Qari mula menangis
teresak-esak pada ayat ke 104 yang bermaksud :
"Wajah mereka DI BAKAR API
NERAKA, dan mereka di neraka
dalam keadaan muram dengan bibir yang cacat."
(Surah Al-Mu'minun : 104)
Ya Allah, aku tidak sanggup ke nerakaMu, azabMu sungguh seksa Ya Allah...
ayat-ayat seterusnya menceritakan mereka yang diazab itu merayu meminta di
keluarkan daripada neraka dan Allah berfirman dalam ayat ke 108 yang bermaksud
:
"Dia(Allah) berfirman,
"TINGGALLAH DENGAN HINA DI DALAMNYA,
DAN JANGAN KAMU BERBICARA KEPADA
AKU."
(Surah Al-Mu'minun : 108)
Na'uzubillah... janganlah kita sampai dihinaNya... Astaghfirullah... Ya
Allah, Ampuni dosa kami.... Tangisan Qari mula reda apabila sampai ayat ke 111
yang bermaksud :
"Sungguh pada hari ini Aku
memberi balasan kepada mereka, kerana KESABARAN mereka; sungguh mereka itulah
diberikan KEMENANGAN."
(Surah Al-Mu'minun : 111)
Orang yang sabar akan diberi kemenangan iaitu BERJAYA KE SYURGA, tenang
bahagia di syurga... selamat daripada azab neraka... SubhanAllah...(^_^)
Video alunan bacaan Al-Quran ini diambil daripada Facebook Fan Page