Wednesday 30 November 2011

Bahagia Kerana Keredhaan ILAHI

Kebahagian adalah sesuatu yang sangat indah,
kebahagiaan ini adalah hadiah istimewa dari Allah…
Allah memberikan rasa bahagia di dalam sanubari kita,
bahagia bukanlah sesuatu yang boleh dipegang,
tetapi sesuatu yang boleh disentuh dalam hati.

Kebahagian boleh hadir dari cinta, dari cinta kerana Allah dan rasul,
bukan kerana dunia atau kemewahan yang bersifat sementara. 
Pernikahan adalah kebahagiaan yang hadir dari cinta.
Cinta yang ikhlas dan
bernikah kerana untuk mendapat keredhaan Ilahi
adalah perintis jalan mendapat kebahagiaan.

Jika pernikahan adalah kerana keredhaaNya,
susah senang pasti dilalui bersama,
bersama-sama ketika susah, bersama-sama ketika senang,
bukankah ini yang menjamin kebahagian dalam hidup bersama.
Cinta yang ikhlas inilah yang mengekalkan kebahagiaan.
Ikatan cinta kerana Allah membawa kepada
pernikahan kerana keredhaan Allah.

Mencari pasangan hidup yang sempurna bukanlah mudah,
Berusahalah menjadi sempurna dan berserahlah kepada Allah.
Allah lebih mengetahui
mengapa seseorang itu ditakdirkan sebagai pasangan hidup kita…
Kebahagiaan hadir dari hubungan yang bertujuan untuk mendapat keredhaan dari Ilahi.

ada sebuah kisah yang agak seronok untuk di kongsi…

Seorang lelaki yang ‘biasa-biasa’ sahaja bernikah dengan seorang wanita yang cantik rupawan
Pada malam pertama mereka bersuamuka buat kali pertama dalam sebuah bilik yang dihias indah

“Alhamdulillah,” kata suami sebaik melihat wajah isterinya yang rupawan.

“Abang, kita bersama-sama akan masuk ke syurga”

“kenapa?” Tanya suaminya dengan nada terkejut.

“Abang sabar mendapatkan saya sementara saya pula redha mendapatmu sebagai suami”

Lalu mereka berdua mengharungi alam rumah tangga dengan bahagia… 




"Inilah diriku seadanya, bukan selayaknya untukmu, tetapi aku mencuba untuk menjadi terbaik untukmu"
-elyas-

Monday 28 November 2011

Cinta Untuknya

Seorang anak bertanya kepada ayahnya…

Anak: ayah cintakan ibu?
Ayah: ayah sangat mencintai ibu kamu…

Anak: ayah cintakan datuk dan nenek?
Ayah: ya, mereka yang ayah cintai…

Anak: adakah ayah mencintaiku…?
Ayah: ya, anakku… ayah cintakan kamu…

Anak: bagaimana ayah boleh menyatukan banyak cinta dalam hatimu…?
Ayah: anakku, pertanyaan yang hebat! Cintaku pada datuk, nenek, ibumu dan kamu sendiri adalah cinta kerana Allah. Sebabnya, semua cinta itu adalah cabang-cabang cinta pada Allah s.w.t.

...


Cinta mungkin tiada untuknya, tetapi sayang sentiasa ada untuknya...
kenapa cinta itu tiada...?
kerana....
aku menganggap cinta itu tiada untuknya...
cintaku itu hanya untuk Allah...
dan cinta itu akan ada untuknya bila dia ISTERIKU..

Cintaku untuk Allah, rasul-Nya, ibubapaku, isteriku dan ahli keluargaku...
Sayangku untuk semua saudara2ku, sahabat2ku dan dia sekeluarga...
Sayang terhebat adalah untuknya...

Aku sangat-sangat sayang padanya...
dan ingin mencintainya sepenuh hatiku...
aku berharap biarlah cinta ini kerana Allah...
moga ada jodoh dengannya...

Saturday 26 November 2011

Jodoh Kerana Iman

Mari-marilah… Dengar ini kisah silam oh kawan…
Sangatlah berguna… Moga hidup aman bahagia..;-)

Sebuah kisah seorang jejaka yg elok imanya…
Kenapa imannya elok…?
Sebenarnya jejaka ini telah makan buah epal yang hanyut di sungai…
Selepas memakan epal barulah dia terpikir siapa pemilik epal tu…
Rase bersalah muncul dalam jiwanya kerana memakan hak orang tanpa kebenaran…
Kerana takut akan haramnya memakan epal tersebut,
 jejaka tersebut berusaha mencari tuan punya epal tadi…
dia susuri sungai yang menghanyutkan epal itu…
sehinggalah terjumpa sebuah pohon epal…
diapun bertemu dengan tuan pokok tersebut, dan meminta halal epal yang dimakanya…
tuan pokok tersebut memberi syarat sekiranya mahu dihalalkan epal tersebut…
syaratnya… jejaka tersebut harus bernikah dengan anak perempuanya…
kerana imannya, kerana takut halal haramnya jejaka tersebut setuju dengan syarat tersebut.

Di malam yang pertama jumpa dengan mertua…
Tersentak si jejaka apabila di beritakan...
Isterinya itu tidak sempurna rupa… Anggota zahirnya lumpuh semua…
Tiada upaya mengurus diri…:-(

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkin sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati… Namun tetap redha pada takdir…
Asalkan punya iman itulah paling penting…:-)

Saat-saat berjumpa…
Terpesona memandang...
Benarkah isterinya menawan sungguh cantik…

Cari-cari… carilah...
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumahtangga akan harmoni…;-)

Terhurai terjawablah oleh mertua
Zahirnya tidak sempurna kiasan saja…
Memberi makna sucinya diri…
Wanita solehah terpelihara…
Terharu jejaka tunduk bersyukur…

Jangan mudah percaya harta, pangkat dan rupa…
Indahnya di mata berawaslah…!
Rasul sudah bersabda insan punya agama... Akhlaknya mulia… 
FAHAMILAH…;-)

Sunday 20 November 2011

Ukiran Keindahan Dalam Hati

“Sang rama-rama ceria bersama bunganya” adalah hiasan indah dalam hati aku. Keceriaan dalam hati adalah umpama syurga di dalam hati, keceriaan membuat kita bahagia dan tenang. Menghiasi keceriaan dalam hati menutup lakaran-lakaran resah. Aku menghias hati ini dengan melihat kebahagiaanya.


Hiasan Kasih Indah

Dia umpama rama-rama,
Terbang bebas ceriakan suasana,
Rama-rama yang sukar dihampiri,
Terbang bila cuba dihampiri,
Lalu menghinggapi bunga,
Mengecapi kemanisan bunga,
Andai aku bunga itu,
Akan kuberi keinginanmu,
Membiar kau merasai kenikmatan,
Akan kuelakan dari kehampaan,
Namun aku bukan bunga itu,
Aku hanya daun yang hijau.

Andai kau rama-rama itu,
Aku tidak akan menangkapmu,
Membiar kau bebas berterbangan,
Bebas mencari bunga kesukaan,
Berhati-hati apabila mencari,
Jangan sampai hujan membasahi,
Kerana air merosak sayapmu,
Izinkan aku memayungimu,
Maka jangan pernah menjauhiku,
Kerana aku ingin melindungimu,

Apabila menghinggapi bungamu,
Harap daun di atasmu,
Aku rela menjadi daun,
Daun yang melindung,
Melindung rama-rama dari kebasahan,
Ketika menikmati kemanisan,
Kemanisan bunga akan ke penghujungnya,
Perlindunganku tiada penghujungnya.



“Sang rama-rama ceria bersama bunganya” adalah hiasan indah dalam hati aku.
Jika hati ini lutsinar bak kekaca, pasti nampak ukiran keceriaan itu.
Disimbahi sinaran, ukiran keceriaan itu menjadi semakin indah
Tapi, sinaran itu hanya akan hadir daripada pancaran cintamu

Cinta sudah ada untukmu,  hanya menunggu sinar darimu

SyurgaHati : Doa umpama daun hijau yang melindungi kamu.

Friday 11 November 2011

Islam Dan Cinta

sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari kiamat kelak,
 “mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku”
(Sahih Muslim)

Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan, di samping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan di kala suka dan duka, lapang dan sempit.

Cinta kepada berlainan jantina  bukan sesuatu yang kotor. Bahkan ia adalah sesuatu yang suci. Perkahwinan adalah ‘bingkai’ yang dapat menjaga kesucian itu. Cinta tidak haram dan tetap terjaga kesuciannya selama tidak menimbulkan kemaksiatan kepada Allah.

Islam adalah agama fitrah kerana itulah Islam tidak membelenggu perasaan manusia. Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang mekar pada diri seseorang manusia. Akan tetapi islam mengajar kepada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa sahaja yang mengotorinya.

Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta dan mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram. Cinta itu harus dijaga dan dilindungi dari kehinaan dan kekotoran.

“barangsiapa mencintai lalu mampu menahan diri dari perbuatan yang dilarang, serta dapat menyembunyikan perasannya , kemudian dia mati, maka ia mati syahid”
(hadis marfu’ dari sahabat ibnu Abbas dan ‘Aisyah)


“sesunguhnya aku mencuba untuk mencintainya kerana Allah dan aku ingin cinta ini menjadi cinta yang benar di hadapan Allah” -elyas-