Wednesday 28 November 2012

Hikmah Beristighfar : Rezeki Dipermudahkan

Sebuah lagi kisah yang SyurgaHati ingin berkongsi berkait dengan hikmah beristigfar ialah dipermudahkan rezeki. Ya, dengan melalui istighfar Insya’Allah dipermudahkan rezki oleh Allah ini mengikut kepada hadis Rasulullah SAW dan dalam Al-Quran surah Nuh ayat 10 hingga 12.

Dalam Hadis:

“Barangsiapa banyak beristighfar , nescaya Allah memberikan kelapangan baginya daripada setiap kecemasan, jalan keluar dari setiap kesempitan, 
serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”


Dalam Al-Quran surah Nuh ayat 10 – 12:

“Maka aku(Nuh) berkata kepada mereka, mohonlah keampunan kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, 
serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”


Kisah yang SyurgaHati ingin berkongsi bergini,

Salah seorang peniaga pergi ke pasar untuk menjual barang-barang jualannya. Pasar pada ketika itu penuh sesak dengan peniaga dan pembeli. Dia duduk di tempat yang sudah disediakan untuk berniaga, dia menyusun barang-barang yang akan dijual. Dia duduk di samping barangnya itu. Lama dia menunggu, namun tiada yang mahu membeli. Ada yang datang kepadanya, melihat barang-barang jualannya, tetapi kemudian mereka berlalu begitu sahaja. Dia sedikit kecewa kerana dia sangat memerlukan wang. Dia tiada pilihan selain menunggu barang jualannya dibeli orang.

Waktu sudah lama berlalu, namun tidak ada seorangpun yang membeli. Dia berasa sedih dan mula berfikir apa yang harus dilakukannya? Tiba-tiba, di fikirannya terlintas apa yang didengarnya daripada salah seorang imam masjid, yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa banyak beristighfar , nescaya Allah memberikan kelapangan baginya daripada setiap kecemasan, jalan keluar dari setiap kesempitan, serta memberinya rezaki dari arah yang tidak disangka-sangka” Dia pun membuang segala penghalang lidah dan hatinya untuk banyak beristighfar.

Dia berkata, “demi Allah, sebaik sahaja aku mula beristghfar, ramai pelanggan datang kepadaku. Mereka berebut-rebut ingin membeli barang jualanku, yang satu menawarkan dengan harga tertentu sedangkan yang lain menawarkan dengan harga yang lebih tinggi. Hatiku benar-benar gembira dan barang-barangku habis dijual. Alhamdulillah, aku membawa pulang wang hasil jualan aku hari itu, sedangkan kedua mataku tidak berhenti-henti bercucuran air mata, kerana sudah lama aku melupakan simpanan tetap berharga ini, iaitu ISTIGHFAR.



SyurgaHati : kisah ini diambil dari sebuah buku ‘Dahsyatnya Energi Syukur Istighfar Muhasabah’, rujukan daripada Dahsyatnya istighfar, Hasan Bin Ahmad Hamam, Mumtaza, Solo, h. 88-90. Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama dipermudahkan rezeki. Semoga kita tenang dalam mencari rezeki. Astaghfirullahal’azim... Astaghfirullahal’azim... Astaghfirullahal’azim...


Sunday 25 November 2012

Hikmah Beristighfar : Hujan Rahmat


Banyak hikmah beristigfar, salah satu adalah memohon menurunkan hujan, dalam Al-Quran surah Hud ayat 52 ada menceritakan mengenai memohon hujan turun iaitu Nabi Hud meminta kaumnya memohon ampunan(istighfar) kepada Allah agar menurunkan hujan, dan dari air hujan itu Allah akan menambahkan tenaga kepada kaum Nabi Hud.

“Dan (Hud berkata), “wahai kaumku! Mohonlah keampunan (istighfar) kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras, Dia akan menambah kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berdosa”
(Hud 11:52)

Dalam kisah lain, Allah menurunkan hujan untuk kaum yang memohon keampunan kepada Allah. Kisah berlaku ketika keadaan kemarau yang melanda kaum Nabi Musa.

Kemarau panjang melanda kaum bani Israel, sehingga ramai memohon kepada Allah agar menurunkan hujan namun tidak juga dikabulkan permintaan itu, lalu bani israel meminta kepada Nabi Musa untuk memohon kepada Allah agar diturunkan hujan, namun tidak juga dikabul.

Lalu Nabi Musa dengan bersedih bertanya kepada Allah, “Ya Allah, mengapa Engkau belum juga mengabulkan doa kami?” lalu Allah menjawab “sebab diantara kalian masih ada yang bermaksiat, jauhkan dia daripada kalian sehingga doa kalian dikabulkan” Nabi Musa menyeru kepada kaumnya “wahai pengikutku, ada antara kalian yang melakukan maksiat. Pergilah, hingga Allah mengabulkan permintaan kami”

Kemudian di antara kaum itu ada seorang merasakan dirinya yang dimaksudkan oleh Nabi Musa, malu hendak keluar, lalu dia meminta ampun(Istghfar) kepada Allah. Selepas dia memohon ampun, lalu Allah turunkan hujan. Nabi Musa kehairanan dan bertanya “wahai Rabbi, mengapa hujan turun dengan lebatnya, sedangkan lelaki yang melakukan maksiat itu belum keluar?” Allah menjawab, “wahai Musa, Aku telah menutupinya meski dia telah bermaksiat kepadaKu, apakah Aku akan membongkar keburukannya, padahal dia telah bertaubat dan beristighfar”

Sungguh Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Dia mengampunkan dosa hambaNya dan menutup aib hambaNya malah memberi rahmat hujan kepada kaum Nabi Musa.

Hujan itu rahmat Allah,
pernah terbaca dalam sebuah sumber, ketika Allah menurunkan hujan ketika itu Allah juga memberi rahmat kepada hambaNya, seperti di dalam surah Al-A’raf : 57

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .”
(Al-A’raf 7:57)

Hujan itu adalah rahmat Allah, dengan rahmatNya Dia mendatangkan hujan untuk menghidupkan tempat yang kering yang tidak subur dan dengan rahmatNya juga, Dia datangkan hujan untuk umat manusia hidup, kerana tubuh manusia memerlukan air yang banyak, maka hujan diturunkan untuk membekalkan air kepada manusia.

Ada juga sumber mengatakan salah satu waktu yang baik untuk berdoa adalah ketika hujan turun, kerana pada waktu itu Allah dengan pemurah member rahmat kepada hambaNya seperti dalam sebuah hadis


memperbanyak doa saat turun hujan, karena termasuk waktu yang mustajab. Nabi Muhammad SAW bersabda:


"Carilah pengabulan doa pada saat bertemunya dua pasukan, pada saat iqamah shalat, dan saat turun hujan."

(HR. al-Hakim dalam al-Mustadrak: 2/114 dan dishahihkan olehnya. Lihat Majmu' fatawa: 7/129. Dishahihkan Al-Albani dalam al-Silsilah al-Shahihah no. 1469 dan Shahih al-Jami' no. 1026)




SyurgaHati : Dengan beristighfar, Allah turunkan hujan... dengan hujan, Allah memberi rahmat... dengan rahmat, Allah permudahkan urusan manusia... Urusan manusia mudah, tenang rasa dalam hati... SubhanAllah...

Saturday 24 November 2012

Hikmah Beristighfar : Berjaya Hamil


SyurgaHati ingin berkongsi sebuah kisah yang agak menarik… rasa rugi kalau tidak dikongsi dengan rakan-rakan… kisah nie berkait dengan istighfar… banyak rupanya kelebihan beristighfar nie… banyak juga yang hendak dicerita hehe… tapi, SyurgaHati akan ambil satu cerita yang sangat menarik… cerita mengenai kelebihan mengamalkan beristighfar untuk berjaya hamil…

Dua orang sahabat sedang berehat, salah seorang sahabat sedang bersedih… lalu sahabatnya terdetik ingin bertanya… sebelum bertanya dia berdoa kepada Allah supaya menghilangkan kesusahan sahabatnya itu… lalu dia meminta sahabatnya tidak menyembunyikan masalahnya.

Selepas dirayu dia berkata, “wahai sahabatku Abu Mu’adz, terus terang aku nyatakan apa yang aku rasakan. Sebenarnya aku sudah berkahwin sejak sekian lama, namun Allah belum juga mahu mengurniakan kami zuriat keturunan. Aku berjumpa dengan ramai doktor, namun belum juga aku menemui penawar bagi kekusutan yang kami hadapi. Apakah agaknya jalan penyelesaian yang terbaik wahai Abu Mu’adz?”

Abu Mu’adz menjawab, “wahai sahabat, mari aku ceritakan kisah ajaib untukmu dari seorang yang boleh dipercayai”

Abu Mu’adz mula bercerita…

Disebutkan kisah, seseorang masuk ke masjid di luar waktu solat. Dia kelihatan sedang bersedih. Maka disapanya, “wahai anakku, mengapa engkau bersedih?”

Anak muda itu berkata, “wahai pakcik, aku sudah berkahwin sejak sekian lama, namun Allah belum juga mengurniakan kami anak supaya aku boleh bermain-main dengan mereka dan mereka bermain-main denganku. Tidak ada doktor di dunia yang tidak aku temui, namun masalahku tidak juga terungkai.”

Lelaki tua itu menyuruhnya duduk.

“aku akan memberikanmu ubat dan ubat ini sukar untuk dilakukan. Namun aku bersumpah kepada Allah, itu adalah ubat.”

Anak muda itu bertanya, “apakah itu?”

Lelaki tua itu menjawab, “engkau bangunlah satu jam sebelum solat subuh bersama-sama isterimu. Satu jam itu kamu bahagikan kepada dua bahagian. Setengah jam pertama adalah untuk qiyamullail dan setengah jam kedua untuk beristighfar, nescaya Allah azza wa Jallah mengurniakan kalian anak. Allah berpesan dalam surah Nuh ayat 10 – 12:

“maka Aku katakana kepada mereka, “mohonlah keampunan kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”

Anak muda itu menemui isterinya…

“isteri yang ku cintai, segala puji bagi Allah, aku sudah temui penawar yang dicari-cari. Aku telah menemuinya, namun ia sukar sekali”

“apa maksudmu? Penawar apakah itu?” isterinya bertanya

Si suami membaca surah Nuh ayat 10 -12 dan memberitahu isterinya…
“Kita perlu bangun satu jam sebelum subuh. Setengah jam kita pergunakan untuk solat dan setengah jam lagi kita pergunakan untuk istighfar, apakah engkau sedia melakukannya?” si suami bertanya

Isterinya menjawab, “sudah tentu, wahai suamiku, sebab itu adalah kalamullah”

“lalu, bila kita akan mulakan?” Tanya suaminya

“hari ini juga” kata isterinya

Semenjak hari itu, pasangan suami isteri ini terus melakukan qiyamullail dan beristighfar. Hanya selang 15 hari, sudah kelihatan tanda-tanda kehamilan pada isterinya. Si suami terus membawa isterinya berjumpa doktor. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, doktor mengesahkan isterinya hamil.

Abu Mu’adz mengakhiri cerita…

Kembali kepada Abu Mu’adz dengan sahabatnya…

Selepas sahabatnya mendengar kisah tadi, Abu Mu’adz tidak lagi menemuinya kecuali sebulan selepas itu. Demi Allah, Abu Mu’adz lihat diwajah sahabatnya ada cahaya iman dan dia sedang berada dipuncak kebahagiaan. Abu Mu’adz katakan kepadanya, “Masya’Allah, wajahmu memancarkan cahaya.”

Sahabatnya menjawab, “Alhamdulillah, semenjak hari itu wahai Abu Mu’adz, aku mengamalkan perubatan yang kamu cadangkan dan aku memberimu khabar gembira bahawa isteriku sekarang positif hamil.”

Abu Mu’adz juga pernah didatangi seorang pemuda yang sudah lebih tiga tahun berkahwin, namun mereka belum juga dikurniakan cahaya mata. Abu Mu’adz menceritakan kisah tadi kepada pemuda itu. Pemuda itu tahu, namun dia belum mempercayainya. Dia menemui isterinya dan menceritakan kisah itu.

Suatu hari, pemuda itu menemui Abu Mu’adz dan berkata “jazakallahu khairan, isteriku sekarang positif hamil padahal aku tidak melakukan amalan perbuatan apapun. Kerana kemiskinan, isteriku bangun sejam sebelum fajar, lalu mendirikan solat dan beristighfar. Sekarang dia positif hamil dan kami rasa sangat bahagia.”



SyurgaHati: kisah nie diambil dari buku “Dahsyatnya Energi Syukur, Istighfar, Muhasabah”, menurut penulis buku ini, kisah ini diambil dari makalah arab pada laman sesawang www.Islammessage.com SyurgaHati berharap kisah ini dapat memberi ketenangan kepada pembaca dan yakinlah kepada Allah. Insya’Allah akan ada Syurga di hati, sentiasa tenang dengan ketentuan Allah.(^_^)