Saturday 10 November 2012

Pesanan Untuk Teman


SyurgaHati terlahir untuk menenangkan hati sesiapa sahaja… Dalam SyurgaHati sentiasa ada kisah berkait sabar, tabah, redha, ketenangan… masalah, dugaan, cabaran dan ujian sentiasa menjadi pilihan dalam blog… semua yang ditulis adalah untuk memotivasikan diri, meyakinkan diri, membentuk diri agar terus menjadi khalifah yang istiqomah menuju ke syurgaNya… dan kali ini adalah pesanan ringkas untuk teman2…


Ujian dari Allah adalah tanda kasihNya kepada hambaNya...
DIA melatih kita supaya tabah dan redha agar kita menjadi hamba yang sabar...

sabar adalah separuh dari iman... separuh lagi adalah syukur...

syukurlah dengan apa yang diberiNya...
jangan terlalu bangga, juga jangan sampai menjadi hamba yang kufur nikmat...

syukur dan sabar adalah kunci untuk mengukuhkan iman...
teguhkan iman, kukuhkan iman...

Dengan iman, kita menjadi hamba yang yakin dengan setiap dugaan dan ketentuanNya... setiap ketentuan pasti ada alasan dari yang MAHA BIJAKSANA...

Setiap nikmat dan ujian adalah dugaan dalam kehidupan...
Hadapi setiap dugaan nikmat dan dugaan ujian
moga kita berjaya hadapinya dalam kehidupan,
dan berjaya ke syurgaNYA...




SyurgaHati: pesanan untuk diri sendiri dan semua yang sudi membaca… semoga ada manfaatnya…

No comments:

Post a Comment