Tuesday 25 October 2011

Salam Sayang, Cinta, Kasih dan Rindu...

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfuzd untuk diriku, 
percayalah rasa cinta yang kita rasai 
adalah kerana Allah telah tanamkan perasaan itu dalam hati kita... 

Biarlah aku memperbaiki diriku dahulu sebelum aku membimbingmu... 

Cinta ini tidak akan hilang selagi kau tertulis dalam takdir jodohku... 
yakinilah… 

SAYANG aku, CINTA aku padamu 
tidak akan pernah berkurang malah sentiasa subur di hati dan perasaanku... 

akan aku meniti hari-hari aku dengan berdoa untukmu 
sebagai tanda KASIH aku dan RINDU aku padamu... 

biar aku mencari redha Ilahi sebelum cinta kita diredhaiNya...


Rindu itu adalah fitrahMu,
Dialirkan di dalam jiwaku,
Kasih sayang mengalir bersama,
Disaluran bernama cinta,

Cinta itu perlu disekat,
Oleh empangan iman,
Dari limpahan maksiat,
Dari terus kekufuran,

Cinta itu perlu disuburkan,
Dengan baja keikhlasan,
Cinta itu perlu disemai,
Di sebuah taman kehidupan,

Kehidupan ini perlu diwujudkan,
Disatukan oleh ikatan pernikahan,
Kehidupan ini perlu diceriakan,
Dengan limpahan kasih sayang dalam perkahwinan.



Sebelum kau milikku… pesanan ini hanya untuk kamu…

Jika namaku yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk dirimu, niscaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasmu bukan mencari diriku… tetapi mensolehahkan dirimu… andai aku telah tertulis di Lauhul Mahfudzmu… aku adalah imammu, dan ayah dari anak-anakmu… aku bersama-samamu dalam perjalananmu nanti… percayalah, aku sedang memperbaiki diriku… memantaskan diriku untuk menjadi imam bagi tulang rusukku, dan buah hatiku kelak…


mari kita sama-sama berdoa

Ya Allah...
Kalau seseorang itu bukan jodohku,
tolong dijauhkannya dariku dan temukanya dengan yang lebih baik...
dan jika dia memang jodohku,
maka supaya didekatkan denganku dengan caraMu dan aturanMu...
AMIN...


MOGA CINTA KITA MENCAPAI REDHA ILAHI
SENTIASA DIRAHMATI ILAHI


SALAM SAYANG, CINTA, KASIH DAN RINDU...
biar aku mempersiapkan diriku dahulu... tiba masanya kita bersatu...
-elyas-

Friday 14 October 2011

Munajat SyurgaHati

 "Apabila Allah Sudah Berkehendak, Bagaimana Hendak Aku Menolak"

Allah mengetahui bertapa aku menyayangi dan mencintai dia, mudah-mudahan dia menyayangi aku dan mencintai aku sebagaimana aku menyayanginya dan mencintainya… 

Cinta kerana Allah,
bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah

Allah juga mengetahui bertapa aku redha dengan ketentuanNya, mudah-mudahan dia bertemu dengan lelaki yang boleh membawan dia ke syurgaNya… moga dia menjadi isteri yang taat kepada suaminya... kekal bahagialah dia dengan suaminya...

Aku juga mengetahui yang Allah sentiasa mendengar doa dan suara hati hambaNya...
"andai dia memang diciptakan untuk aku, mudah-mudahan Allah permudahkan aku membimbing dia ke syurgaNya dan Allah permudahkan aku membimbing zuriat kami ke syurgaNya…"


Pesananku, tempah tempatmu di syurga
Kerana keikhlasan... cinta, kasih dan sayang, aku ingin melamarmu, adakah ada kesudian..
Aku akan sentiasa berdoa kepada Allah untuk menempah syurga untukmu
-elyas-

Wednesday 12 October 2011

Rahmat-Mu dan Kasih-Mu Membuka Pintu Syurga Untuknya

Saat yang paling indah apabila impian yang kita harapkan menjadi kenyataan, impian terbesar aku adalah ingin melihat dia menjadi wanita solehah… Subhanallah… apabila aku melihatnya, redup hatiku memandangnya, melihat wajahnya terbit perasaan sayang yang sangat mendalam terhadapnya… sehingga lidah aku kelu untuk berkata-kata… namun ketahuilah bertapa aku mensyukuri dengan perubahanmu… hati aku hanya sering mangucap "jadilah wanita solehah" setiap kali aku melihatmu... diamku kerana aku mencintaimu…

Syukur kepada-Mu ya Allah…  kerana kasih-Mu memberi hidayah dan rahmat kepada orang yang aku sayang… semoga dengan rahmat-Mu membawa dia ke jalan yang Engkau redhai… dan semoga dia menjadi hamba-Mu yang bertakwa dan wanita yang solehah…

Sesungguhnya hanya Engkau mengetahui bertapa aku mensyukuri dengan rahmat dan kasih-Mu kepada hamba-Mu itu…  dengan rahmat dan kasih-Mu itu, memberi hidayah kepadanya dan membuka satu peralihan kehidupan yang sentiasa di berkati oleh-Mu…  kerana itu akan membawanya kepada permulaan ke arah kebaikan…


Wahai insan yang aku sayang kekalkanlah imejmu itu… kerana syurga akan menantimu di sana… ingat pesananku “tempah tempatmu di syurga…” dan aku sentiasa berdoa kepada Allah untuk menempah syurga untukmu... -elyas-

Insya'Allah kita semua menjadi hamba yang bertakwa, soleh solehah... mudah-mudahan hidayah Allah sentiasa kita terima... dan kita semua sentiasa dalam rahmatNya...;-)


Pesananku untuk kamu yang aku sayang
"Tempah Tempatmu Di Syurga sayangku"

Sunday 9 October 2011

Takdir… Jangan Bergelut Tetapi Menari Dengannya...

Takdir adalah sesuatu yang telah ditetapkan olehNya… Dia telah menetapkan segala perjalanan hidup hambaNya… kadang-kadang takdir itu berupa kejayaan, kegembiraan, kesenangan dan kadang-kadang juga berupa kegagalan, kesedihan, kesukaran.

Sekiranya kita berhadapan dengan ujian dan dugaan, itu adalah takdirNya. Sebagai hamba kita harus menerima apa yang telah ditetapkan kita. Percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ujian atau masalah itu sebenarnya adalah penilai bagi iman kita.
(mungkin ini adalah hikmahnya, menguji keimanan kita)

Jika kita benar-benar redha dan pasrah dengan aturan Allah, kita hanya akan tersenyum dan menerima apa sahaja yang Allah aturkan pada kita.

Sebagai hamba kita harus akur dengan kekuasaanNya dan ketetapanNya, jadikanlah rukun iman ke-5 sebagai pegangan kita iaitu “percaya kepada qada’ dan qadar”. Kita harus teguhkan iman dan bertawakal kepada Allah selepas berusaha.

Janganlah kita bergelut dengan takdir, tetapi menerima takdir itu dan menari bersama-sama takdir itu. Maksudnya terimalah takdir dan laluilah takdir itu dengan redha, sebagaimana menari mengikut alunan melodi. Kerana itu adalah peranan dan tanggunjawab manusia. Berusahalah dan kemudian bertawakal.

"berusaha sebaiknya pada potensi tertinggi yang mampu di capai 
bahkan hasilnya pula di serahkan pula kepada Allah."

"Biarlah kita yang mentadbir diri kita 
tapi jangan kecewa dengan apa yang telah di takdirkan untuk diri kita."

Uruskan minda, hati dan fikiran dengan pelaksanaan takdir. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang soleh solehah. Terimalah takdir moga kita menjadi lebih baik, hamba yang bertakwa.

Menjadi baik itu adalah fitrah manusia begitu juga dengan soleh dan solehah.

Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini adalah pilihan sama ada berlandaskan nafsu atau ilham takwa daripada Allah.

Beruntunglah bagi hamba-Nya yang Allah kurniakan takwa yang mana Allah bimbing hamba-Nya yang dikasihi dalam tiap apa yang dia lakukan agar dapat menggapai redha-Nya.

Oleh sebab itu...
sentiasalah memohon kepada Allah agar tiap apa yang kita lakukan mendapat bimbingan daripada Allah kerana sesungguhnya dengan rahmat Allah lah kita dapat masuk syurga.

DIA sudah lama meyakinkan kita melalui firmaNya :

"ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
(Surah al-Baqarah:286)

Allah S.W.T yang mencipta manusia,
maka DIA  mengetahui kemampuan manusia yang dicipta-Nya…
Oleh itu suruhan dan larangan-Nya tentulah bersifat “mampu dibuat sahaja”…;-)


Islam itu Indah,
Indahkanlah dirimu dengannya,
Agar hidupmu terpelihara dan sentiasa dalam keredhaanNya.
-elyas-



Saturday 8 October 2011

Sayang Membawa Ke Syurga

SyurgaHati ingin berkongsi dengan korang tentang pentingnya suami dan isteri... kalau difikirkan betul2, sebenarnya Isteri adalah penyelamat suami di dunia, dan suami adalah penyelamat isteri di akhirat... pada pendapat aku lah... tapi yang penting masing2 saling memerlukan... isteri perlukan suami, suami perlukan isteri... tapi sebagai suami bimbinglah isteri kamu... pegang pada kata2 dibawah... nie aku amik dari member facebook... agak menarik dan tertarik... tu yang hendak dikongsi...


Jika benar aku sayang, kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• akan aku bawa dia ke jalan Allah,
•.♥• akan aku nasihati dia,
•.♥• akan aku perbetulkan kesilapannya,
•.♥• akan aku jaga dia dgn baik,
•.♥• akan aku kasihani dia,
•.♥• akan aku lindungi dia,
•.♥• akan aku beri kasih sayang padanya,
•.♥• akan aku hargai dia,
•.♥• akan aku ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• akan aku bersabar dengannya,
•.♥• akan aku terima & cintai kekurangannya,
•.♥• akan aku adi IMAM terbaik & redhalah padanya...



..sayang aku kepada dia kerana aku mahu dia di SYURGA..
..moga aku bersama dia di SYURGA sebagai bidadariku..amiin..

~* WAHAI ISTERIKU, PEGANGLAH KATA-KATA AKU INI.. *~
~* ANDAI AKU LUPA, INGATKANLAH AKU..*~

Thursday 6 October 2011

Syurga Itu Dekat Di Hati

Aku sangat menyayangi seseorang... dalam hati ini hanya dia sahaja yang paling aku sayang... aku sayang sangat-sangat kat dia... erm... tak tau nak tafsirkan sayang tu macam mana... biar Allah sahaja yang mengetahui... biar dia je yg merasai perasaan sayang nie... tak tau r dia rasa atau x... tapi dia tahu aku sayangkan dia... sebab aku dah bagi tau dah aku sayang dia... kalau dia terima Alhamdulillah... kalau x aku redha...

kerana perasaan sayang nie lah aku nak sangat dia ke syurga... janganlah dia ke arah lain selain syurga... kalau dia di syurga, Alhamdulillah... dah cukup bahagiakan aku... x jadi isteri aku pun x pe... walaupun aku ingin sangat dia menjadi isteri aku... kalau dia isteri aku, syukur Alhamdulillah... bertapa Allah saja yang tau bertapa syukurnya aku kepadaNya... tp jodohkan... jodoh Allah dah tetapkan...

ape yang boleh aku boleh buat sekarang...
sebagai sahabat baik aku... sebagai orang yang aku sayang... aku nak bimbing dia ke syurga Allah... kerana tu r aku banyak membaca...

ader satu buku tu... kalau boleh aku nak kasi kat dia... buku tu...
"Kerana-Mu AKU BERUBAH, TUHANKU perkenankanlah..." tulisan Ruhana Zaki.

dalam buku tu ader bahagian yang menarik perhatian aku... kat SyurgaHati inilah aku nak berkongsi ngan korang... tajuk kecilnya 'syurga itu dekat di hati' jom kita sama-sama baca...



"Dapatkah aku masuk syurga?"

Mungkin itulah pertanyaan yang pernah terdetik di hati.

yakinlah...
kita berpeluang masuk syurga yang dijanjikan itu asalkan beriman dan bertakwa.

"Beriman dan bertaqwa?aku bukanlah orang yang ..............."

Hah, nak buat alasan lagilah tu...!
kita sudah islam, yang tinggal hanya untuk mengilap keislaman itu hingga menerbitkan iman dan taqwa...

"Bagaimana...?"

Senang sahaja, cintai agama sendiri, ikut apa yang disuruh, tinggal apa yang ditegah. Jangan melawan.

Pesan nabi, syurga itu tidaklah jauh, syurga itu ada dekat saja dengan dirimu.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meraih syurga itu...




Semoga dia menempah tempatnya di syurga... aku sayang dia... -elyas-