Thursday 15 September 2011

Tempah Tempatmu Di Syurga

Apakah erti kasih sayang..? dan bagaimana kita tafsirkan perasaan sayang itu.

Apabila kita menyayang seseorang, ayuh kita fikir apa yang terbaik untuk orang yang kita sayang. Apa yang kita patut lakukan untuk melihat kebahagian orang yang kita sayang. Bukankan melihat kebahagian orang, mampu memberi  impak kebahagian kepada kita juga. Jika kamu benar2 menyayanginya adakah kamu ingin melihat dia dalam  keadaan merana. Cuba kamu fikirkan… kamu pasti menyayanginya dan sayang kamu adalah kerana kamu tidak ingin melihat dia menderita.

Kita melihat dia seorang yang sangat cantik, redup mata memandang, tenang apabila melihat senyumannya. Pasti kamu ingin memilikinya. Lalu kamu kata kamu sayang kepadanya.Tetapi sejauh mana sayang kamu kepadanya…? perasankah kamu dengan kekurangnya, kelemahannya…? Adakah sayang kamu masih utuh walau tahu kekurangannya…? Atau sayang kamu kerana nafsu semata…? Sayang kerana Allah adalah jawapan kepada semua persoalan tadi. Ayuh pupuk di dalam jiwa agar sayang kamu kepadanya adalah kerana Allah.Sayang kerana Allah banyak hikmahnya, tiada keburukannya.

Apabila kita melihat orang yang kita sayang menghampiri neraka, adakah kita akan membiarkan…? Inginkah kita melihat wajahnya yang cantik, wajah yang redup mata memandang dan memberi ketenangan itu terbakar dek api neraka…  jangan biarkan keindahan ciptaan Allah itu hangus di bakar api neraka. Sayang kerana Allah sentiasa mengajak kearah kebaikan. Tiada apa yang lebih indah melainkan orang yang kita sayang berjaya di dunia dan akhirat.

Pesanan aku kepada yang tersayang...
"andai engkau bukan untukku... tempahlah tempatmu di syurga, jadilah wanita solehah. Izinkan aku melihat wajah redupmu kekal indah di syurga. Tempah tempatmu di syurga, jangan dekati neraka, disentuh api pun aku tidak rela, kerana aku sayang kepadamu. Andai engkau ditakdirkan untukku, akan ku bimbingmu ke jalan syurgaNya… akan aku tempah tempatmu di syurga... tempah pakej keluarga ke syurga... kerana aku sangat sayangkanmu dunia akhirat... cintaku padamu kerana aku tidak mahu kehilanganmu di syurga... aku ingin terus bersamamu sehingga ke syurga..." -elyas-

Tempah Tempatmu Di Syurga wahai insan yang aku sayang jadilah wanita solehah,
kerana cinta, aku tidak mahu kehilanganmu di syurga.

No comments:

Post a Comment