Saturday 17 September 2011

Impianmu Impianku

'Impianmu Impianku' adalah sebuah coretan hatiku yang ingin melihat dia menjadi wanita soleha... dia pernah berniat untuk menjadi wanita solehah... dan niatnya itu telah menjadi harapan tertinggi aku... syukur alhamdulillah, mudah2an dia menjadi wanita solehah... impian dia menjadi solehah adalah jaminan dia ke syurga... dan impian aku adalah ingin melihat dia menempah tempatnya di syurga...
'Impianmu Impianku' adalah coretan khas dari aku untuk dia yang aku sayang...


Impianmu Impianku

Impianmu adalah impianku juga,
Kau dengan niat sucimu,
Aku dengaan harapanku,
Kita bersama mengharap redahNya.

Niatmu menjadi solehah,
Harapanku melihat kau solehah,
Niatmu menjadi harapanku,
Dan Dia sentiasa merahmatinya.

Niatmu adalah terbaik untukmu,
Kerana itu adalah tanda kasihNya,
Terdetik dihatimu menjadi solehah,
Bermulalah hidupmu dalam redhaNya.

Ikhlaskan hatimu menjadi solehah,
Tetapkan niat di hatimu sayang,
Agar kau kukuh dengan impianmu,
Kerana impianmu jaminan syurgamu.



“Impianmu Impianku” (by Mohd  Elyas)


No comments:

Post a Comment