Tuesday 20 September 2011

Terima Kasih Cinta

Setiap orang pasti pernah melalui cinta... cuma nya dalam keadaan yang berbeza... ader cintanya kesampaian, ader juga cintanya yang tidak kesampaian... bagi yang kesampaian, pasti merasakan cinta itu indah, sungguh membahagiakan... manakan tidak, orang yang kita sayang sudi menerima kita dalam hidupnya... seronok sangat bila oarang yang kita cintai, sayangi sentiasa bersama kita... manisnya cinta hanya mereka yang bercinta sahaja merasainya... tp.... bagaimana dengan cintanya yang tidak kesampaian...?

SyurgaHati di sini ingin menemani insan yang cintanya tidak kesampaian... SyurgaHati tau, mereka yang cintanya tidak kesampaian pasti berasa sangat sedih... erm... ader yang bangkang ker...? hehe... sebenarnya SyurgaHati bukan perfect sangat pun... kadang2 ader yang tidak setuju dengan kita... masing2 punya pendapat sendiri kan... SyurgaHati hanya ingin menemani mereka yang bersedih nie... bukan ape, kalau tgk member bersedih rase x best r kan... tu pasal blog nie SyurgaHati wujudkan... mana tau kot2 bleh meredakan kesedihan member2... tetapi jika kamu tidak bersedih Alhamdulillah... kerana cinta kamu padanya mungkin kerana Allah... cinta kerana Allah berpisah tidak gelisah, bertemu tidak jemu... setuju...?

erm... back to point k...

Sesetengah orang pasti bersedih jika cintanya tidak kesampaian... SyurgaHati xnak lah melihat sahabat2 bersedih kerana cinta... memang SyurgaHati paham sangat perasaan cinta yang tidak kesampaian... manalah x sedih... kita x dapat apa yang kita nak... dialah yang kita sayang, dialah yang kita cintai, dialah yang selalu kita ingati... tiba2 kita kene lupakan dia... mane mudah nak lupakan kan...? kita sedih sebab orang yang kita benar2 sayang, benar2 cinta x dapat terima kita dalam hidupnya...

tp... sahabat... pasti yang berlaku ader hikmahnya kan... kita jer x tau ape hikmahnya... tp, percayalah hikmah itu ada... think positif jer... mungkin ader hikmah daripada cinta yang kita lalui itu... SyurgaHati nak mengajak korang baca satu coretan hati... x tau r bleh meredakan kesedihan korang atau tidak... cuma SyurgaHati ingin berkongsi sahaja... baca yer...


Terima Kasih Cinta
(by Mohd Elyas)

Cinta yang tidak kesampaian pasti akan pergi...
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku...
Kehadiranmu membuat aku gembira dan ceria...
Kehadiranmu membuat aku lebih mengenal cinta...
Walaupun hadirmu hanya seketika untukku...
Ia banyak mengajarku...
Dengan mencintaimu... membuat aku lebih mengenali erti cinta...
Cinta itu sememangnya indah...
Cinta itu sungguh membahagiakanku...

Hadirmu mungkin sementara dalam hidupku...
Untuk aku mengenal erti cinta...
Cinta banyak mengajar aku...
Menyayangi kau sepenuh hati...
Menerima kau seadanya...
Bersabar dengan karenahmu...
Mencintaimu membuat aku setia padamu...
Menghormatimu...
Menghargai kau dalam hidupku...

Kerana cinta aku sentiasa ceria, bahagia...
Kerana cinta aku menjadi setia...
Kerana cinta aku lebih penyabar...
Kerana cinta aku kenal menghargai...
Kerana cinta aku menghormati wanita...
Kerana cinta aku kuat, tabah...
Kerana cinta aku pasrah, redha...

Inilah hikmah cinta yang tidak kesampaian...
Untuk aku lebih mengenal cinta...
Terima kasih kerana membiarkan aku menyintaimu...
Kerana cinta ini banyak mengajar aku...

No comments:

Post a Comment