Wednesday 25 April 2012

Rahsia Cinta


Cinta adalah anugerah Allah...

Jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau rasa cinta itu boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan kita dari–Nya. Allah Maha Penyayang

Cinta itu amanah Allah...

Jadikan PERCINTAAN kita sebagai AMANAH dari Allah s.w.t, InsyaAllah kita akan bahagia dunia dan akhirat..apabila kita sematkan dalam hati bahawa percintaan kita adalah amanah dari Allah untuk kita, tentu kita akan menjaga cinta itu dengan sebaiknya..

Benar cinta Allah itu adalah cinta Maha Agung... betapa setiap pemberian, nikmat, kurniaan, jua rezeki itu daripadaNya jua..walaupun ianya diberikan melalui perantaraan manusia atau makhlukNya yang lain, namun segalanya datang dariNya, Maha Penyayangnya Pencinta itu..benar Engkau adalah seagung-agung Pencipta dan Pencinta, ya Allah....

TETAPI..bagaimana hendak MENJAGANYA?

 Bila kita MENCINTAI kerana Allah, kita akan jaga cinta-cinta kita dari jatuh ke lembah dosa dan maksiat..kita akan bawa orang-orang yang kita cintai bersama-sama ke jalan Allah..tidak akan kita tinggalkan orang-orang yang kita cintai di belakang sementara kita sendiri mengecap manisnya cinta pada Allah..

Dan ingatlah, orang-orang yang kita cintai itu juga berhak mendapat kemanisan iman...♥♥♥

cari cari carilah pasangan hidup betul betul owh kawan bahagia selalu rumah tangga akan harmoni..

ketika mencari calon : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

Pesanan untuk kalian
Hawa : carilah suami yang akan membimbingmu ke Syurga
Adam : carilah isteri yang akan membantumu membimbing zuriat kamu ke Syurga

Rahsia cinta...
Tidak semestinya kita bertemu jodoh dengan yang soleh atau solehah,
tapi semestinya kamu boleh membimbing mereka untuk menjadi soleh solehah.

Mungkin dalam jodohmu kamu bertemu dengan yang bukan soleh atau solehah... itu adalah suratan jodoh Allah untuk kamu, makanya bimbinglah mereka menjadi soleh solehah... seringlah berdoa agar mereka menjadi soleh solehah.

Saturday 7 April 2012

Rahsia Allah

Di dalam istana diraja, raja makan bersama penasihatnya…
Semasa memotong buah terhirislah jari raja…
Darah mengalir…

Raja mengadu kepada penasihatnya… panasihatnya menjawab “baik tuanku”
Maka marahlah raja kepada penasihatnya…
Baginda berkata “walaupun jari beta luka bergini, kamu masih berkata baik kepadaku…?”
Baginda sangat marah kepada penasihatnya lalu mengurungnya. Biar penasihatnya merasa susah di dalam penjara.

Beberapa hari kemudian baginda bertemu dengan penasihatnya di penjara, dan bertanya…
“bagaimana keadaan kamu, adakah kamu terseksa?”
Penasihatnya menjawab “baik tuanku”
Baginda menempelak “walaupun teruk keadaanmu ini, masih boleh berkata baik?”

Suatu hari raja pergi memburu… dijadikan kisah, raja tersesat dalam hutan yang dihuni kaum karnibal… kaum karnibal menemui raja dan menangkapnya untuk dijadikan santapan… bagi kaum karnibal sebelum tubuh manusia dibakar ia perlu dipersembahkan kepada tuhannya… untuk membuat persiapan penyembahan perlu dipastikan kesempurnaan tubuh manusia agar dapat mempersembahkan kepada tuhannya santapan yang elok… maka terperasanlah kaum karnibal pada jari raja yang terluka… lalu persembahan untun tuhan mereka dibatalkan, maka terlepas raja daripada santapan kaum karnibal… raja terlalu bersyukur dan teringatlah baginda dengan penasihatnya… memang luka dijari adalah baik untuknya seperti yang diperkatakan oleh penasihat baginda “baik tuanku” lalu pergilah raja ke penjara penasihatnya unttuk melepaskanya dan menceritakan kejadian yang berlaku kepada baginda ketika penasihatnya itu dikurung dalam penjara… dan jawablah penasihat itu… syukurlah saya dipenjara, jika tidak pasti dia akan menjadi ganti dalam upacara penyembahan kaum kanibal itu… teringatlah raja ucapan “baik tuanku” ketika baginda bertanya keadaan penasihatnya ketika penasihatnya itu dikurung dalam penjara…





SyurgaHati : SETIAP KEBURUKAN PASTI ADA KEBAIKAN… SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI