Saturday 7 April 2012

Rahsia Allah

Di dalam istana diraja, raja makan bersama penasihatnya…
Semasa memotong buah terhirislah jari raja…
Darah mengalir…

Raja mengadu kepada penasihatnya… panasihatnya menjawab “baik tuanku”
Maka marahlah raja kepada penasihatnya…
Baginda berkata “walaupun jari beta luka bergini, kamu masih berkata baik kepadaku…?”
Baginda sangat marah kepada penasihatnya lalu mengurungnya. Biar penasihatnya merasa susah di dalam penjara.

Beberapa hari kemudian baginda bertemu dengan penasihatnya di penjara, dan bertanya…
“bagaimana keadaan kamu, adakah kamu terseksa?”
Penasihatnya menjawab “baik tuanku”
Baginda menempelak “walaupun teruk keadaanmu ini, masih boleh berkata baik?”

Suatu hari raja pergi memburu… dijadikan kisah, raja tersesat dalam hutan yang dihuni kaum karnibal… kaum karnibal menemui raja dan menangkapnya untuk dijadikan santapan… bagi kaum karnibal sebelum tubuh manusia dibakar ia perlu dipersembahkan kepada tuhannya… untuk membuat persiapan penyembahan perlu dipastikan kesempurnaan tubuh manusia agar dapat mempersembahkan kepada tuhannya santapan yang elok… maka terperasanlah kaum karnibal pada jari raja yang terluka… lalu persembahan untun tuhan mereka dibatalkan, maka terlepas raja daripada santapan kaum karnibal… raja terlalu bersyukur dan teringatlah baginda dengan penasihatnya… memang luka dijari adalah baik untuknya seperti yang diperkatakan oleh penasihat baginda “baik tuanku” lalu pergilah raja ke penjara penasihatnya unttuk melepaskanya dan menceritakan kejadian yang berlaku kepada baginda ketika penasihatnya itu dikurung dalam penjara… dan jawablah penasihat itu… syukurlah saya dipenjara, jika tidak pasti dia akan menjadi ganti dalam upacara penyembahan kaum kanibal itu… teringatlah raja ucapan “baik tuanku” ketika baginda bertanya keadaan penasihatnya ketika penasihatnya itu dikurung dalam penjara…





SyurgaHati : SETIAP KEBURUKAN PASTI ADA KEBAIKAN… SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI

No comments:

Post a Comment