Saturday 14 December 2013

Pesanan Istimewa Untuk Wanita



Wahai gadis... jadilah gadis dan wanita cantik berperibadi tinggi.
Percayalah bahawa Allah s.w.t. tidak pernah mensia-siakan setiap ciptaanNya.
ALLAH SWT juga tidak pernah mensia-siakan setiap kebaikan hambaNya.

Wahai gadis... peliharalah kesucian diri sebaiknya. Persembahkan diri yang terbaik buat bakal suami. Moga-moga rumah tangga yang dibina nanti menjadi mahligai yang paling indah dan bakal menjadi jambatan menuju syurga yang abadi.

Wahai wanita... kamu adalah hambaNya yang terpilih. Jadi, usahlah sia-siakan keistimewaan tersebut. Apabila semua asas islam telah berjaya disemat dan diamalkan, Insya’Allah... kamu akan membesar sebagai wanita yang baik.

Istimewanya dirimu wahai wanita...

Sungguh dirimu adalah insan ciptaan Allah yang PALING MAHAL kerana kamu memiliki mutiara tersembunyi yang tidak dapat dijual beli, itulah HARGA DIRI...
Jika HARGA DIRI itu dipertahankan, kamu tersangat mulia.
Maka jangan diperdagangkannya, HARGAINYA... (^_^)

Wahai wanita ciptaan mulia Ilahi, jagalah harga diri dan berusahalah menjadi wanita solehah. Allah s.w.t. sudah ada janjiNya. BayaranNya besar bersifat abadi, tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga malah tidak pernah terlintas di dalam fikiran. Besar ganjaranNya... itulah nikmat syurgaNya. Sesungguhnya hanya Allah yang sangat mengetahui.

Wanita yang dikagumi adalah wanita yang bijak menjaga harga diri dengan cara melindungkan aurat di sebalik pakaian takwanya. Allah s.w.t menetapkan aurat wajib ditutup, maka itu adalah ujian untuk wanita sama ada mahu taat atau sebaliknya. Jika taat, ALHAMDULILLAH... tetapi jika tidak, tentulah Allah murka. Wahai wanita, taatlah dengan suruhan Allah s.w.t kerana ada kebaikan daripadaNya.

Wahai wanita... ingatlah selalu, pandangan lelaki banyak maksudnya. Lelaki yang baik atau lelaki yang tidak baik, masing-masing melihat kamu dengan cara yang berbeza.

Tutuplah auratmu bukan hanya menutup seluruh tubuhmu, tetapi juga menutup bentuk tubuhmu...

Jagalah penampilan dan gaya pergaulanmu, bersolek boleh tetapi biar tidak berlebihan, bergaul boleh tetapi biar ada batasan...

Hiasi diri sekadar sejuk mata yang memandang, tampilkan perwatakan yang sopan melalui cara berpakaian, elakan bersolek secara berlebihan hingga mengubah total wajah semula jadi kamu ciptaanNya.

Wahai wanita... hendak melawa boleh, tidak salah mengikuti perkembangan semasa dalam dunia fesyen, cuma pastikan pakaian tidak menjolok mata dalam erti kata tidak jarang, tidak ketat dan tidak terbelah. Tudung pula hendaklah menutup keseluruh rambut, leher dan dada. INGAT ya, bahagian dada itu banyak fitnahnya jika dilihat lelaki. WANITA HARUS BERWASPADA...!

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."

(Surah Al-A’raf 7 : 26)

Perempuan khususnya tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan yang Allah s.w.t. kurniakan. Lalu kamu pergunakan kecantikan itu untuk apa? Fikir-fikirlah sahabat... kamu cantik, maka bersyukurlah.


Menutup aurat boleh menjadi perisai untuk menjaga maruah dan diri kamu. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Islam bukan agama anti-sosial. Malah bersosial amat digalakkan dengan syarat-syarat tertentu yang bertujuan menjaga kemuliaan umat itu sendiri. Allah s.w.t. berfirman dalah surah Al hujurat ayat 13 yang bermaksud :

“wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Duhai wanita...

Bentengkan dirimu dengan perasaan malu ketika bersosial. Tidak kiralah dengan siapa, jadikanlah rasa malu itu tonggak utama. Lagipun dirimu itu seorang perempuan. Sampai bila-bila pun seorang perempuan akan dinilai melalui perasaan malunya. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan perempuan yang pemalu membuktikan dirinya ada iman.

Perempuan solehah tidak melakukan perbuatan mazmumah(tercela). Jangan kalian mencemarkan agama sendiri. Ingatlah... kita hidup dua kali, di atas dunia Allah berikan nyawa untuk menjadi hamba yang soleh solehah. Di dunia ke dua menikmati perbuatan mahmudah(terpuji) di syurga yang nikmatnya tidak diduga. Kamu boleh menjadi wanita solehah.



SyurgaHati : Allah s.w.t. itu Maha pemaaf dan Maha Mengetahui. Dia sentiasa membuka pintu rahmatNya kepada sesiapa sahaja yang sanggup membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan tabiat baik. Tabiat baik hendaklah selalu diamalkan, barulah boleh berakar umbi dalam jiwa. Insya’Allah kamu boleh menjadi wanita terpelihara, wanita solehah, bidadari syurga. (^_^)

Friday 22 November 2013

Manfaatkan Cinta Yang Sia-Sia



Bismillahirrahmanirrahim…

Dah lama SyurgaHati tidak mengetengahkan topik tentang cinta... hari ini hadir plak ilham berkaitan cinta ‘Manfaatkan Cinta Yang Sia-Sia’. haa... teman2, sahabat2, manfaatkan cinta yang sia-sia tau... camne nak manfaatkan cinta yang sia-sia ni...? mungkin ni dalam fikiran korang...

nie nak tanyalah... teman2, sahabat2 pernah bercinta? kalau pernah, bagaimana hasil cinta itu... hehe... kita simpan soalan tu dulu...

Dalam kehidupan cinta itu lumrah, semua orang ingin dicintai dan mencintai... ceh, ayat nie biasa dengarkan... hehe... tak ada siapa yang akan tolak ayat nie itu memang lumrah manusia untuk jatuh cinta, dalam ayat Al-Quran pun ada sebut dalam surah Ali-Imran 3:14

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, ....”

Memang cinta itu lumrah manusia, Allah memang telah tahu setiap apa yang diciptakanNya, Dia telah menciptakan manusia dengan sifat yang mencintai dan saling berkasih sayang...  siapa lagi yang MAHA TAHU selain ALLAH...? dalam hadis pun ada menyebut tentang sayang dan cinta…. Dalam hadis Bukhari dan Muslim Rasulullah s.a.w. menyebut

“Dalam saling menyayangi, cinta, dan kebaikan kalian akan dapati orang-orang beriman layaknya sebuah tubuh, bila satu bagian merasa sakit, seluruh tubuh akan juga merasakan sakit dengan tidak bisa tidur dan demam”
(Hadis : Bukhari, v.8, h.12; dan Muslim, v.4, p.1999:66)

Memang kita manusia lumrah untuk cenderung bercinta, mencintai dan berkasih sayang... tetapi bagaimana jika kita mencintai seseorang tetapi cinta itu sia-sia...? berbalik kepada persoalan tadi, bagaimana hasil cinta kalau kita pernah jatuh cinta...

Mungkin cinta itu sia-sia... mungkin cinta itu bahagia... bersyukurlah kalau cinta yang kita lalui berakhir dengan bahagia... mari kita sama-sama mengucap ALHAMDULILLAH kepada Dia yang telah memberi kita kebahagiaan. Tetapi jika cinta itu sia-sia, kita mencintai seseorang itu tetapi dia tidak membalas cinta kita ingatlah MANFAATKAN CINTA YANG SIA-SIA.

Bagaimana manfaatkan cinta yang sia-sia... begini, jangan jadikan cinta itu sia-sia... kamu mencintai dia, tetapi dia tidak mencintai kamu... pada mulanya kamu pasti merasakan cinta itu sia-sia... iyelah kamu cintakan dia tapi kosong tiada apa-apa, dia plak tidak cintakan kamu, memang kamu akan merasakan cinta itu sia-sia. Tetapi jika kamu MANFAATkan cinta itu, cinta itu pasti tidak sia-sia.

Cinta itu adalah pemberian nikmat daripada ALLAH... sengaja ALLAH hadirkan rasa cinta itu dalam diri kamu, walaupun DIA tahu cinta itu bukan memberikan penghujung yang baik untuk kamu. Tetapi atas sebab apa DIA hadirkan rasa cinta itu, SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA teman2, sahabat2 DIA MAHA TAHU. Wahai teman2, sahabat2 yang mungkin kecewa dengan cinta, ALLAH hadirkan cinta itu pasti ada manfaatnya. 

Pekara yang paling mudah untuk manfaatkan rasa cinta itu doakan dia, sentiasa doakan dia... yang pasti doa itu akan beri manfaat kepada kamu dan juga memberi manfaat kepada orang yang kamu cintai. Hargai rasa cinta yang hadir dangan bersyukur kepada ALLAH, dan tunjukkan rasa syukur itu kepada ALLAH dengan memohon kepadaNya perkara2 yang baik untuk dia yang kita cintai dan juga keluarganya sebagai tanda syukur kita kepada ALLAH atas nikmat cinta yang diberiNya.

Ini sahaja yang SyurgaHati mampu berpesan kepada sahabat2 yang merasakan cintanya itu sia-sia.

SyurgaHati : Teman2, sahabat2, sesuatu yang paling kita tidak tahu ialah bila waktu kita kembali kepada Pencipta kita. Dalam soal cinta, mungkin ALLAH hadirkan kita seketika dalam hidup dia yang kita cintai. Kita tidak tahu soal ajal maut dan jodoh. Mungkin Allah hanya hadirkan rasa cinta pada kita sahaja tetapi tidak kepada dia yang kita cintai, kerana ALLAH lebih tahu kebahagiaan yang bagaimana untuk dia.

Untuk menjaminkan kebahagiaan orang yang kita cintai, doakanlah kebahagiaan dia sebelum kita pergi selamanya. Melihat kebahagiaan dia PASTI membahagiakan kita... PERCAYALAH... tiada yang lebih indah cinta kerana ALLAH, BERTEMU TIDAK JEMU, BERPISAH TIDAK GELISAH... senyum sahabat2, cipta Syurga di Hati... bahagia dunia akhirat... Wallahu’alam...


Friday 5 July 2013

Bacaan Al-Quran Yang Syahdu



Suatu ketika dulu pernah dengar bacaan dalam video bawah nie, mase tu x tau ayat mane surah mana... tapi rupa-rupanya ade bagi tau kat awal2 video bacaan hehe... x perasan asyik sangat dengar alunannya... Surah Al-Mu'minun ayat 94 hingga akhir ayat 118... dah tgk kat tafsir Al-Quran, tahulah kenapa yang baca surah nie menangis... huhu... 
Qari mula berasa sebak pada ayat ke 99 :

"Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata 
"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia)"
(Surah Al-Mu'minun : 99)

sambungan ayat ke 100, Qari mula menangis... maksud ayat ke 100 :

"Agar aku dapat berbuat kebajikan yang yang telah aku tinggalkan.",
SEKALI-KALI TIDAK(dikembalikan). ...."
(Surah Al-Mu'minun : 100)

Setelah mati kita TIDAK DIBERI PELUANG lagi untuk berbuat kebaikan... amat sedih kalau kita tidak melakukan kebaikan semasa hidup... dan Qari mula menangis teresak-esak pada ayat ke 104 yang bermaksud :

"Wajah mereka DI BAKAR API NERAKA, dan mereka di neraka 
dalam keadaan muram dengan bibir yang cacat."
(Surah Al-Mu'minun : 104)

Ya Allah, aku tidak sanggup ke nerakaMu, azabMu sungguh seksa Ya Allah... ayat-ayat seterusnya menceritakan mereka yang diazab itu merayu meminta di keluarkan daripada neraka dan Allah berfirman dalam ayat ke 108 yang bermaksud :

"Dia(Allah) berfirman, "TINGGALLAH DENGAN HINA DI DALAMNYA, 
DAN JANGAN KAMU BERBICARA KEPADA AKU."
(Surah Al-Mu'minun : 108)

Na'uzubillah... janganlah kita sampai dihinaNya... Astaghfirullah... Ya Allah, Ampuni dosa kami.... Tangisan Qari mula reda apabila sampai ayat ke 111 yang bermaksud :

"Sungguh pada hari ini Aku memberi balasan kepada mereka, kerana KESABARAN mereka; sungguh mereka itulah diberikan KEMENANGAN."
(Surah Al-Mu'minun : 111)

Orang yang sabar akan diberi kemenangan iaitu BERJAYA KE SYURGA, tenang bahagia di syurga... selamat daripada azab neraka... SubhanAllah...(^_^) 

Video alunan bacaan Al-Quran ini diambil daripada Facebook Fan Page 




Friday 28 June 2013

Manusia, INGAT Kepada Penciptamu


“Laila ha illallah” jangan sekali dilupakan kalimah ini… biasakan lidah mengucap “La ilaha illallah”… kita semua mengerti maksud kalimah ini dalam bahasa melayu iaitu tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah…

Masih adakah yang lebih berkuasa melainkan Allah…? MUSTAHIL…! Ramai yang setuju bukan…? Maaf kata, kalau ada yang tidak setuju, kembalilah kepadaNya… SyurgaHati percaya, yakin 100%, semua pembaca setuju tiada tuhan yang lebih berkuasa melainkan Allah, amat mustahil kalau ada yang lebih berkuasa melainkan Allah…

Jika benar pembaca setuju berarti… IMAN ADA DI DALAM DIRI KALIAN…

Mungkin sahaja iman di dalam diri kalian itu nipis… namun TIDAK MUSTAHIL iman itu akan menebal semula asalkan kalian sentiasa ingat kepada pencipta kalian… bagaimana untuk setiasa ingat kepada pencipta kamu? berzikirlah… sentiasa hidupkan kalimah “La ilaha ilallah” di dalam diri kalian, dizahirkan pada lafaz lidah kalian, dihayati dalam hati kalian.

Kalian akui kekuasaan Allah bukan…? Sentiasa ingatlah kepada Allah pada ketika kalian senang, juga pada ketika kalian susah… dengan kekuasaanNya, tidak mustahil jika kalian ketika ini senang akan menjadi susah walau sesaat selepas kesenangan. Dengan kuasaNya juga tidak mustahil ketika kalian susah disaat ini akan senang sebentar lagi… maka sentiasa ingatlah kepadaNya.

Bagi mencapai  kesempurnaan iman dalam diri kalian, hayati ayat 255 dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah (yang berhak untuk disembah), tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup lagi kekal dan terus menerus mengurus makhlukNya ….”
(Surah Al-Baqarah 2 : 225)

Teguhkan iman kalian dengan sentiasa mengingati kekuasaaNya.

“Bukankah Allah cukup untuk melindung hamba-hambaNya ….”
(Surah Az-Zumar 39 : 36)
“…. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) mengazab?”
(Surah Az-Zumar 39 : 37)

Maka, pembaca sekalian, sentiasa ingatlah kepada Allah. Indahnya mengingatiNya ada disebut dalam surah Al-Baqarah ayat ke 152 yang bermaksud :

“Kerana itu, maka ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku pula akan sentiasa ingat akan kamu. ….”
(Surah Al-Baqarah 2 : 152)



SyurgaHati: Sentiasa ingat kepada Allah… bila kalian sentiasa ingat kepada Allah hati kalian sentiasa tenang, iman kalian semakin tebal… dalam hidup kalian Allah sentiasa bersama kalian… bila susah, kalian yakin dengan pertolonganNya. Bila senang, kalian bersedia dengan ujianNya. Kembalilah kepada penciptamu, sentiasa ingat kepadaNya.