Friday 30 December 2011

Biar Cinta Ini Kerana Allah

Cinta itu adalah ketika timbul perasaan aneh di sekujur tubuhmu baik ketika kau melihatnya, mendengarnya, ataupun ketika kau merasakan kehadirannya di dekatnya, adakalanya kau selalu ingin dekat dengannya, namun yakinlah, bahawa jarak yg jauh terkadang itu mampu mendekatkan hati kamu, dan jg sebaliknya kedekatan tanpa ikatan pernikahan seringkali merenggangkan hati kamu.

Cinta itu tumbuh secara tak terduga, terkadang kau berpikir bahawa kau LEBIH BAIK mencintai orang tersebut, namun ketika HATImu menolaknya kau tak akan mampu berbuat apa-apa, biarlah perlahan-lahan hatimu, bersama dgn masa yg akan menghapusnya dari fikiranmu.

Namun ketika HATImu membenarkan kau justeru akan dibuat kebingungan kerananya, kau justeru akan berpikir sebelum kau benar-benar yakin bahawa dialah cintamu yg sebenarnya.


''CINTA KERANA ALLAH'' 
Adalah ketika kau mengerti, tak hanya kelebihan dari orang itu yg kau lihat, namun jg MEMAHAMI dan MENERIMA kekurangan –kekurangan yg dimilikinya, sungguhpun kau baru boleh mengatakan bahawa:

setelah kau benar-benar mengenalnya dgn sebenar-benarnya, yaitu baik dan buruknya.


''CINTA KERANA ALLAH''
Itu tidak pernah sebatas pada penampilan dan kecantikan, adakalanya kau akan lebih mencintai sebongkah arang hitam daripada sebutir intan yg berkilauan, kerana sesungguhnya kau sedar bahawa kau memerlukansebuah kehangatan yg mampu mengusir rasa dingin dari jiwamu, lebih daripada sekedar keindahan yg ternyata membuatmu beku kedinginan.


''CINTA KERANA ALLAH''
Itu tidak akan tumbuh dari kecantikaan seseorang, namun KECANTIKAAN seseorang justeru akan tampak ketika kau mencintainya, adalah bagaimana kau bisa Rupa, harta, ataupun Nasabnya, karena inilah kau bisa menepis kefakiran, kehinaan; ketidak bahagiaan, dan kemudian mengantinya dgn kemulian yg di redhai oleh Allah SWT.


''CINTA KERANA ALLAH''
Akan membuatmu merasa tidak perlu memiliki meskipun dalam hatimu kau sangat ingin, adalah bagaimana kau bisa ikhlas ketika dia ternyata lebih mencintai orang lain dan bahkan kau pun selalu berdoa agar mereka terus berbahagia.


''CINTA KERANA ALLAH''
Tidak akan menggiringmu pada jurang kemaksiatan, ketika kau melihat dia dan mencintainya, hal itu akan membuatmu semakin berbedah diri, kau menjadi mampu melihat kekurangan-kekurangan dirimu utk kemudian memperbaikinya.


''CINTA KERANA ALLAH''
Tidak akan membuatmu berpikir sempit, justeru kau akan berfikir lebih jauh ke depan, lebih matang, lebih dewasa, dan ke arah yg lebih serius,...!!!

kau tidak akan berfikir dan membayangkan apabila kamu sdh pacaran, namun kau sdh berfikir ke arah pernikahan, kerana kau sadar bahawa ia jauh lebih kukuh, suci, bererti dan bermakna di hadapan Allah daripada sekadar pacaran.


''CINTA KERANA ALLAH''
Terkadang tak tumbuh dgn sendirinya, kita seperti layaknya diberi biji utk di tanam, lalu ia tergantung pada bagaimana kita merawatnya, jika kita baik maka baik pula lah perasaan itu, dan jg sebaliknya, terkadang pula boleh jadi ia tumbuh dgn sendirinya, ada saat dimana kau terkadang ingin membunuh saja perasaan tersebut namun entah mengapa kau tak berdaya,karena sebenarnya bukanlah kita yg menumbuhkan perasaan cinta tersebut, namun Rabb yg maha Pengasih dan maha penyayang lah yg berkehendak atas segala perasaan itu.


''CINTA KERANA ALLAH''
Bukanlah tentang bagaimana kalian saling memandang, namun bagaimana tentang kalian melihat ke arah yg sama, dan berjalan ke arah yg sama, kalian sedar bahwa kalian tidak akan mampu menghadapi perjalanan tersebut sendirian melainkan kau memerlukan seseorang utk berjalan di sisimu yg saling membantu saling meringankan, dan saling mengarahkan dlm perjalanan menggapai Redha-NYA.


''CINTA KERANA ALLAH''
Tidaklah selalu memerlukan beragam kesamaan diantara kamu, namun yg terpenting adalah kesamaan prinsip dan tujuan, yaitu menggapai Redha Allah SWT, dalam dirimu kaupun ingin agar kau merasa layak utk mencintai dan di cintai olehnya.

Wednesday 28 December 2011

Tersenyumlah Dengan Takdir Ilahi


Fikir positif wahai kawan2, teman2, sahabat2…
Jangan kecewa dengan apa yang Allah telah tetapkan…
Siapa tahu kalau ada kabaikannya…

Orang pernah bertanya, “boleh ker tersenyum kalau putus cinta?”

Dalam kehidupan tidak semua cinta kesampaian
Bila cinta tidak kesampaian memang sedih, kadang2 sangat2 sedih…
Ramai yang berdukacita kerana cinta…
Manakan tidak, orang yang sangat2 kita sayang, tinggalkan kita..
Takpalah kalau nak bersedih, berdukacita… memang itu lumrah manusia…
Bersedihlah, berdukalah… tapi jangan terlalu lama…
Kesedihan hanya seketika, kerana kegembiraan pasti ada…

Andai kesedihan itu sukar hendak dihentikan, mengadulah kepada Allah…
Mintalah ketenangan daripada Allah, mintalah ketabahan daripada Allah…
Allah sentiasa ada bersama kita… berdolah kepadanya…

Kalau kita berdoa, biarlah berdoa untuk dia yang kamu sayang,
Itu baru betul kamu sayang kepadanya…
Sayang kamu untuknya, tapi cinta kamu untuk Allah… betul…?
Cintai Allah itu yang paling penting, paling utama…
Kemudian cintai yang lain biar kerana Allah…

Tersenyumlah dengan takdir ilahi…
Berdoalah jika kamu masih berdukacita,
Apabila redha hadir, kamu pasti tersenyum…
Berdoalah juga untuknya…

Berdoalah kebahagiaan untuknya, biar kebahagiaan hadir untuk kamu juga…

Apabila kita mendoakan untuk saudara kita tanpa dia ketahui,
Malaikat mendoakan perkara yang sama untuk kita…

Ummu Darda’ r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“ Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat pun berkata kepadanya, ‘Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu!’ ”
(Riwayat Muslim)

Malaikat akan mendoakan perkara yang sama untuk kamu seperti apa yang kamu doakan untuk orang yang kamu sayang.

Maka, ikhlaskanlah hati berdoa yang baik-baik untuk orang lain.
Dan tersenyumlah dengan takdir ilahi

Kerana apabila kamu mendoakan kebahagian orang yang kamu sayangi, kamu juga pasti menemui kebahagiaan jika kamu mendoakannya tanpa dia ketahui. Mana tau kebahagian yang kamu perolehi adalah hikmah dari cinta yang tidak kesampaian itu. Fikir positif kawan2, teman2, sahabat2. Tersenyumlah Dengan Takdir Ilahi

Saturday 24 December 2011

Cinta Syurga

Ya Allah... Engkau lebih mengetahui bertapa aku sangat menyayanginya...
dan di ketika ini aku sangat merinduinya...

lindungilah orang yang aku sayang ini dengan kasih sayangMu Ya Allah...
sampaikan salam rinduku kepadanya...
moga dia dalam lindunganMu, moga dia dalam kasihMu...

Moga kamu dalam keadaan baik-baik...♥

Ya Allah, aku sayang dia...♥
berilah kasih sayangMu pada dia, moga dia menjadi hambaMu yang Engkau cintai...
moga kasih sayangMu melindung dia ke nerakaMu... bimbinglah dia ke syurgaMu...

aku sayang dia...♥


biarpun berjauhan, doa adalah penghubungnya...
biarpun kami tidak bersama, Allah perantaraannya...
bila aku merinduinya, kepada Allah aku berdoa...
agar orang yang aku sayang dalam jagaanNya, dalam rahmatNya...
moga dia menjadi hamba yang bertaqwa, wanita solehah...

aku sayang dia...♥
kerana sayang, aku tak mahu dia ke neraka...♥
kerana sayang, aku mahu dia ke syurga...♥

SyurgaHati : selagi belum diijabkabulkan, berjauhan lebih baik daripada berdekatan.
biar doa menjadi ikatan yang mengeratkan kasih sayang antara aku, dia dan Allah.

Tuesday 20 December 2011

Simpan Cinta Untuk Selayaknya

Dalam bercinta tidak semua akan menjadi milik kita... 
orang kata “mencintai tidak bererti memiliki...”
Benar... tidak semestinya orang yang kita cintai akan menjadi milik kita...
Jadi, kenapa hadirnya cinta... Wallahu’alam... Allah lebih mengetahui...

Bila cinta itu hadir bersyukurlah... Cinta adalah pemberian Allah...
Nilaikan cinta itu dari sudut pemberian Allah... 
Allah memberi cinta untuk kita saling sayang menyayangi...
itulah nikmat sebenar cinta...
Cinta seharusnya disimpan, dan biarkan cinta itu subur di hati...
Sampai masanya, serahkanlah cinta yang subur itu kepada pasangan selepas diijabkabulkan...
Pasangan kamu, itulah cinta sebenar kamu...

Lumrah manusia yang ingin dicintai dan mencintai...
Kadang-kadang cinta hadir sebelum waktunya...
Kerana itulah cinta perlu disimpan dan berserah kepada Allah...
Kalau kamu tidak simpan, mungkin kamu akan sakit kerana cinta...
Kerana jika kamu silap memberi cinta kamu akan sedih dan berduka...
Kita tidak akan tahu siapakah cinta sebenar kita, misteri cinta... rahsia Allah...
Jodoh Allah telah tetapkan...
Andai yang kamu cinta kini adalah cinta sebenar kamu, bersyukurlah...
Andai yang kamu cinta kini adalah bukan milik kamu, redhalah...
Jatuh cinta adalah lumrah manusia... Semailah cinta agar diredhai Allah...



Syukur dengan perasaan cinta yang Engkau berikan...
kerana cinta ini membuat aku menyayangi...

Tapi, apalah erti cinta ini kalau hanya aku sahaja yang merasa...
dan yang aku cintai tidak selesa dengan cinta ini...

Ya Allah, maafkan aku, jika dia bukan untukku, Engkau tariklah perasaan cinta ini...
tetapi
kekalkanlah sayang, biar aku terus mendoakan kebahagiaannya.



Madah SyurgaHati : SyurgaHati terletak pada hati yang setiasa ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah...

Wednesday 14 December 2011

Kisah Cinta Yang Membawa ke Syurga


Seronok kalau kita membaca sebuah cerita yang membuat kita tersenyum, cerita yang beri pengajaran, lagi2 kalau cerita yang membawa ke syurga... maksudnya cerita yang boleh membimbing kita ke syurgaNya...

cerita nie sad ending tapi ade happy ending... hehe... (sebenarnya x tau nak cakap, happy ending atau sad ending... dua2 dapat rase hehe... anda menetukan... hehe... bace r...)

Kata mak.. Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti. Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama. Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah.

Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak.. "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.." Dan pinangan abah datang. Hadir, seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah. Dan Allah mengurniakan juga tanda dalam mimpi.

Mak lihat.. "Mak solat.. dan abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.." Cerita mak sambil tersenyum.. Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah. Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..

Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya.. Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku..mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa nak minum jus, abah hadir dengan satu jag besar air. Cerita mak sambil tersenyum. Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.

Kadang-kadang mak sakit. Pernah mak pengsan dua kali dan masuk wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Cerita mak.. Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau. Dan tiba2 mak terlihat abah.. "Abang ke mana? Risaunya Ani.." Jawab abah,"Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.. Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak. Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah.. "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada Ani.." "Isk, Ani tak boleh sembahyang bolehlah abang potong.." Dan abah hanya ketawa.

Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan. Pernah mak tanya, "Abang suka Ani marah-marah, tapi sihat ke??atau Ani diam, tapi ani sakit.." "Tentulah abang suka Ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..

Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik. Dan abah selalu membanggakan mak. Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata "Beruntung Ani dapat suami macam tu.." Mak gembira. Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..

Pernah mak berkata.. "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak sentiasa inginkan kebahagiaan abah.."Dan abah selalu membanggakan mak,hingga saat terakhir. Hingga abah kini, Sudah tiada. Pergi untuk bertemu cinta agungnya.. Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami.

Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah. Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata.. "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.." Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis."Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.." Mak tak boleh mendengar deringan telefon. "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.." Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum. "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara nyanyian abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak sambil menarik nafas dalam. Amat dalam.

"Nadwan, mak perlu kuatkan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan? Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. " Mak terus tersenyum. "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..." Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...

Thursday 8 December 2011

Dugaan Hidup...? Jangan Khuatir...;-)


Masalah… masalah… masalah…
heyyy…, jangan merungut… senyum…;-)

Masalah nie dah macam sahabat karib… sentiasa ader jer bersama kita…
Merungut nak wat pe… x kan selesai nyer masalah tu hehe…

Jangan r kita terlalu memikirkan masalah…
 Sebab…
Bukan masalah itu yang perlu difikirkan… tapi fikirkan cara selesaikannya… (korang pening kot hehe)
“Jangan merungut…” tu  maksudnyer…

Set kat mind,
“Hidup perlukan masalah kerana masalah memperbetulkan kehidupan kita…”
Maksudnya…
Dari masalah lah kita membentuk kesedaran dan keperibadian kita akan terus berkembang…
Erm… faham ke dak nie hehe…
Masalah mengajar kita untuk menjadi lebih baik… mengajar kita untuk menghadapi dugaan hidup…
 INGAT NI…!!! Allah maha bijaksana, Allah mendatangkan masalah untuk meperbetulkan kita… 
INGAT TAU…!!!
Insya’Allah, kita akan menjadi lebih baik…

Jangan pernah kita meminta untuk hidup senang, tapi mintalah untuk menjadi lebih tabah…
Kerana… masalah memang sentiasa ader der… takdaknya orang hidup senang…
Orang senang pun ader masalah masing-masing… xkan tenang hiduplah… hehe…
Nak tenang… ha… Ingat Allah tu… sure tenang…
Susah senang… Allah ada sentiasa bersama kita…

Jangan ‘terlalu’ khuatir dengan masalah ea…
Kerana tu lumrah kehidupan…
Jalani hidup macam biasa…
Bila sesuatu dugaan melanda, seberat mana pun dugaan tu jangan mengeluh, belajar menerimanya…
Kerana…
Allah lebih mengetahui rahsia di sebalik dugaan tersebut, sementara kita tidak mengetahuinya…

Saturday 3 December 2011

Perangi Neraka Dalam Hatimu

SyurgaHati sering mencipta ketenangan dalam menjalani kehidupan di dunia, sedar atau tidak terdapat neraka dalam hati, ini menyebabkan kita merana dalam menjalani kehidupan di dunia… kita merana kerana kalah dengan kehendak dan keinginan dunia, kehendak dan keinginan dunia adalah kehendak yang hadir dari nafsu yang sememangnya ada dalam hati manusia… tangani nafsu agar kita tidak terlalu kecewa dalam kehidupan… Cintai Allah… kerana Allah lebih mencintai hamba yang mencintaiNya…

Tuhan Maha Cinta

Tahukah Tuhanmu selalu hidup di dalam hatimu
Cinta dari-Nya menjawab semua masalahmu
Dia mendengar melihat dan selalu berfirman
Perangi neraka di dalam hatimu
Damaikan jiwamu dengan cinta Dia
Memberi yang ikhlas kepada yang butuh
Bersyukurlah terus tanpa kenal waktu

Serahkan, ikhlaskan, pasrahkanlah hanya kepada-Nya
Cinta-Nya adalah jawaban-Nya karena Tuhanlah Maha Cinta
Karena Tuhanlah Maha Cinta
Tahukah Tuhanmu selalu hidup di dalam hatimu
Cinta dari-Nya menjawab semua masalahmu
Dia mendengar melihat dan selalu berfirman
Perangi neraka di dalam hatimu
Damaikan jiwamu dengan cinta Dia
Memberi yang ikhlas kepada yang butuh
Bersyukurlah terus tanpa kenal waktu

Serahkan, ikhlaskan, pasrahkanlah hanya kepada-Nya
Cinta-Nya adalah jawaban-Nya karena Tuhanlah Maha Cinta
Karena Tuhanlah Maha Cinta

Kekadang hidup memang berat,
membuat kita hampir menyerah,
Tapi aku percaya kaulah perlindungku, Cintaku dan hidupku,
Sabarkan hatiku, kuatkan imanku,
Berkahi aku dan keluargaku dengan rahmatmu,
Tuhan kaulah cintaku.

Dugaan memang sentiasa ada dalam kehidupan, sebagai hambaNya kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Bijaksana, DIA bijak menguji keimanan hambaNya… di sebalik ujian itu pasti ada hikmahNya, kita sahaja yang tidak tahu… Allah Maha Bijaksana dalam mengatur perjalanan hidup hambaNya. Janganlah kita berputus asa… tapi sabarkan hati, kuatkan iman… ikhlaskan, redhakan apa yang telah ditetapkan… moga dengan keikhlasan dan sikap redha kita mampu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah… Berusaha Kemudian Pasrah Kerana Allah, Berserahlah Kepada Allah…;-) -elyas-