Friday 14 September 2012

Bersederhana Dalam Kehidupan


Allah yang maha mengetahui siap2 berpesan kepada kita agar tidak TERLALU GEMBIRA, tidak TERLALU BERSEDIH (Al-Hadid : 22 - 23)... Allah telah menetapkan takdir, Allah mengetahui apa yang terjadi tetapi dijadikan pemberian itu iaitu NIKMAT dan DUGAAN sebagai ujian untuk hambaNya. Subhanallah, sesungguhnya Allah itu maha bijaksana, mengajar kita hidup bersederhana...

Bagi orang yang beriman, apabila MENDAPAT DUGAAN, mereka akan BERSEDIH untuk seketika dan kemudian akan MEREDHAKAN ketentuan Ilahi kerana mereka tahu kesedihan terlalu lama tidak akan mengubah apa-apa yang telah ditakdirkan. Hanya dengan redha membuatkan ia berasa lebih baik dan mencapai ketenangan dalam menghadapi dugaan.

Bagi orang yang beriman, apabila MENDAPAT NIKMAT, mereka tidak akan terlalu GEMBIRA malah BERSYUKUR dengan nikmat yang diberi, mereka juga sedar akan ada kemungkinan buruk pada masa akan datang. Kerana itu dengan bersederhana dengan nikmat yang dikecapi mereka tidak akan lupa dengan ujian2 yang bakal dilalui kelak.

Islam mengajar kita untuk hidup dalam bersederhana supaya kita mampu menghadapi ujian Allah dengan bijak. Dalam Hadis Riwayat Bukhari, Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda :

“... dan sentiasalah bersikap pertengahan, sederhana, hasil yang diperolehi dengannya, kamu akan mencapai sasaranmu (syurga)”

Orang yang beriman pada takdir biasanya memperoleh manfaat daripada takdir yang telah ditetapkan kepadanya. Mereka yang bersederhana dalam kehidupan akan sentiasa bersedia dengan ujian2 Allah sama ada ujian berupa nikmat ataupun ujian berupa dugaan.

Mereka yang beriman dengan takdir menganggap sesuatu nikmat bukanlah kekal, mereka tahu dalam takdir Allah ada kemungkinan berlakunya keburukan, dan apabila mereka menghadapi keburukan mereka tidak akan berputus asa kerana yakin dalam takdir Allah ada kebaikan untuk hambaNYA.

"Rahsia Takdir Ditetapkan" (klik)

SyurgaHati : Bersederhanalah dalam kehidupan, supaya kesenangan tidak akan melalaikan kita, dan dugaan tidak akan membuat kita berputus asa. Moga kita menjadi hamba yang bersederhana dan meletakan segalanya mengharap keredhaanNYA. Tenang di hati mencapai SyurgaHati (hati yang tenteram).

No comments:

Post a Comment