Setiap manusia ada
kelemahan dan ada kekuatan. Kelemahan dan kekurangan biasanya menjadi
penghalang untuk kita berusaha. Dengan kelemahan dan kekurangan itu menyebabkan
kita tidak yakin pada diri, malah kita merasakan seolah-olah mustahil untuk
mencapai hasilnya walau kita telah berusaha. Janganlah kita lupa, Allah ada
bersama kita. Allah akan membantu kita jika kita berusaha. Mungkin mustahil
bagi kita, tetapi tidak mustahil bagi Allah.
Orang yang yakin kepada
Allah, tidak pernah merasa risau dengan had-had tertentu dalam diri mereka malah
dia sentiasa tenang ketika berusaha dan tidak khuatir dengan kesudahannya. Dia akan
bertawakal dalam setiap apa yang dia usahakan dan mempercayai sepenuhnya kepada
Allah bukan pada usahanya atau pada kemampuannya.
Terhadnya kemampuan kita
bukalah bermakna sebagai penghalang untuk kita mencuba dan berusaha. Kita perlu
mencuba dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Bertawakallah kepadaNYA,
Insya’Allah kesudahannya tidak seperti yang kita sangka, boleh jadi kita
tersenyum dengan kesudahanya.
Sebuah kisah yang boleh
kita jadikan teladan, agak menarik kisah ini, moga kisah ini menjadi pemangkin
untuk kita yakin kepada Allah dan terus bertawakal kepadaNYA supaya kita tidak
khuatir dengan kelemahan kita yang mungkin menjadi penghalang untuk kita terus
berusaha.
Abbas Asisi seorang
pemuda yang baru selesai pendidikan menengahnya, Abbas Asisi ditanya oleh Hasan
Al-Banna seorang pemimpin organisasi Ikhwanul Muslimin mengenai perancan Abbas
Asisi.
Hassan Al-Banna : mengapa
kamu tidak mencuba untuk memasuki bidang ketenteraan?
Abbas Asisi menjawab :
“Saya punya masalah
dengan mata dan saya rasa saya tidak boleh lulus dalam ujian menembak”
“tak apa, bertawakallah
pada Allah.” kata Syeikh Al-Banna
“bagaimana saya akan
bertawakal pada Allah sementara saya mengetahui ada masalah dengan mata saya”
Abbas Asisi menjawab.
“justeru itu,
bertawakallah pada Allah, kalau matamu sihat, mungkin kamu bertawakal kepada
matamu” balas Syeikh Al-Banna.
Abbas Asisi mengikut
saranan Al-Banna, dia memohon memasuki bidang ketenteraan. Di saat menjalani
latihan menembak, hatinya kembali diliputi keresahan. Tetapi dia ingat pesan
Al-Banna. Maka dia pun berusaha dengan gigih dan menyerahkan segala-galanya pada
Allah. ternyata dia lulus sebagai peserta terbaik dalam ujian menembak.
...
Satu pengajaran penting ,
Syeikh Al-Banna mengingatkan Abbas Asisi bahawa jika matanya sihat, boleh jadi
dia akan bertawakal pada matanya dan bukan pada Allah.
Manusia sering lupa,
ketika mereka dalam keadaan baik dan berkemampuan, mereka sering lupa bahawa
apa yang berjaya dilakukannya merupakan hasil daripada usaha dan kemampuannya
belaka. Mereka lupa bahawa Allah menentukan segala sesuatu.