Friday 3 August 2012

Tenang Dalam Berusaha

Tenanglah apabila kita dalam mengusahakan sesuatu.
Setiap apa yang kita usahakan serahkanlah kepada kekuasaan Allah.

Orang yang menyedari akan kekuasaan Allah akan tenang dalam berusaha kerana sedar sebagai seorang manusia kita hanya perlu berusaha... berusaha sahaja apa yang kita mampu kerana kita digalakkan berusaha, kita tidak disuruh untuk memastikan hasilnya...

Hasilnya hanya perlu diserahkan kepada Allah.
Jika Allah berkehendak, tentu apa yang kita usahakan akan menjadi nyata.

Sekiranya kita sedar tentang kekuasaan Allah,
kita tidak perlu risau sekiranya apa yang kita usahakan tidak menjadi seperti apa yang kita inginkan.
Sekiranya apa yang kita lakukan belum berhasil, kita tidak perlu bersedih, tidak perlu risau kerana kita tahu semuanya adalah di bawah kekuasaanNYA dan rabbNYA.

Tenanglah dalam berusaha, ingatlah ketika kita berusaha...
usaha kita bukanlah penentunya tetapi
Allah yang menentukan segala-galanya.

Memang Allah menentukan segala-galanya,
tetapi tidak bermakna apa yang kita usahakan tiada kaitan dengan hasilnya.
Ketika kita berusaha untuk mendapat hasilnya terdapat satu garis pemisahan iaitu kekuasaan Allah dan kebijaksanaan Allah yang maha mengetahui...
Dengan rabbNYA ada penentuan sama ada usaha kita itu diterima atau tidak diterima.

Janganlah kita risau dengan kesudahanNYA.
Insya-Allah pilihanNYA jauh lebih baik dan lebih bermanfaat daripada pilihan kita sendiri.



SyurgaHati: berusahalah setakat mana kita mampu... serahkan hasilnya kepada Allah... sesungguhnya DIA maha bijaksana, maha mengetahui... tenanglah ketika berusaha, jangan risau dengan hasilnya. KetetapanNYA adalah yang terbaik untuk hambaNYA.

No comments:

Post a Comment