Sunday 24 February 2013

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih


Hai friends, kawan-kawan, teman-teman, sahabat-sahabat sekalian tersenyumlah semua… Andai kalian bersedih, tersenyumlah… tersenyumlah wahai hati yang sedang bersedih… Jangan biarkan kesedihan kalian menutup kegembiraan kalian…
Tersenyumlah wahai sahabat-sahabat… SMILE (^_^) selalu…

SyurgaHati ingin sahabat2 tidak terus bersedih… tersenyumlah…(^_^)
Dalam hidup ini kita memang sentiasa ada masalah… 
begitu juga dengan penulis sendiri.

Diri yang menulis ini juga punya masalah, syukurlah ada sahabat-sahabat yang dapat menguatkan hati ini… tanpa sahabat-sahabat yang memberikan kekuatan kita akan pasti terus lemah…

Sokongan dari sahabat-sahabat dan juga keluarga, membuatkan hati yang bersedih ini mampu tersenyum… begitu juga kalian, tersenyumlah sahabat-sahabatku.
kalian juga mampu tersenyum...(^_^) percayalah...

Sahabat-sahabatku pembaca sekalian, SyurgaHati ingin berkongsi sebuah video klip… video klip ini adalah daripada salah seorang sahabat penulis, sahabat ini meng’share video ini di facebooknya… dan penulis terpikat dengan tajuknya ‘Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih’ lantas terus memainkan video klip itu, hasilnya video klip ini sangat-sangat memberi kekuatan kepada penulis… terima kasih sangat-sangat kepada sahabat tersebut…

Ini link video klip tesebut

sebagai tanda penulis menghargai sahabat tersebut, penulis berusaha menulis semula kata-kata yang terisi dalam video klip tersebut… penulis mendengar dan menulis setiap bait-bait ayat dalam video tersebut supaya penulis dapat membacanya jika kesedihan melanda dan Alhamdulillah, selepas membacanya, penulis akan tersenyum…(^_^) bait-bait ayat itu membuat penulis tersenyum dan ketenangan hadir dalam hati ini... terima kasih sahabat... bait-bait ayat itu penulis ingin berkongsi dengan pembaca blog SyurgaHati ini. Hayatilah bait-bait ayat ini sahabat-sahabat sekalian


Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu, air mata tertumpah juga

Wahai hamba ILAHI
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang ALLAH aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira, Adakalanya kita tersangat kecewa

Namun… Jangan risau manusia
ALLAH itu tuhan kita, Tuhan yang Maha Luas Kasih SayangNya
Percayalah, ALLAH tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum di sana, Tertawa di sana, Berbahagia di sana
Insya’Allah di Syurga, Yang mengalir dibawahnya
Sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Oh, indahnya!

Di dalam hati manusia ada kekusutan
Dan tidak akan terurai, Kecuali menerima kehendak ALLAH S.W.T.

Wahai hamba ALLAH,
Jangan bersedih,  kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya.

Kesedihan demi kesedihan
Bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan
Dan dunia yang luas dirasakan sempit Dan tidak lagi berguna.

Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada ALLAH
Untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
Serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan
Air yang manis akan terasa pahit
Makanan lazat terasa hambar
Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu

Ingatlah
Tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata
Mengalir hangat di pipi
Lantaran terasa diri kita begitu kerdi di sisi ALLAH
Dan begitu berdosanya diri kita di sisi ALLAH

Wahai hamba ALLAH
Lihat disekeliling kamu
Dan teguhkan pendirianmu
Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah putus asa
Senyuman yang kau berikan
Dan air mata yang kau titiskan
Simpan… jadikan tauladan
Segala yang kau pandang dan dengar
Simpan buat pedoman…:-)

Hey you, think positive okay =)
You don’t know everything
But ALLAH know everything

Don’t be sad…
ALLAH always with you

Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama sahabat-sahabatku sekalian...

Terima kasih juga kepada salah seorang sahabat penulis yang berkongsi sebahagian ayat Al-Quran surah Al-Ankabut ayat 2-3 kepada penulis

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
 (AL-Ankabut 29 : 2 - 3)

Ayat ini benar-benar menambahkan kekuatan penulis, Alhamdulillah, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi memberikan kekuatan kepada penulis, kata-kata semangat dari sahabat-sahabat facebook dapat meningkatkan semangat penulis… terima kasih sahabat-sahabat…

Kepada sahabat-sahabat yang membaca ini, tersenyumlah… 
jangan biarkan hati terus bersedih…

Penulis manghasilkan blog ‘SyurgaHati’ ini adalah untuk sama-sama berkongsi ilmu, bersama-sama memotivasikan diri… sebelum mengakhiri penulisan ini, penulis ingin berkongsi sepotong lagi ayat Al-Quran yang penulis terjumpa sendiri dalam sebuah buku motivasi dan merujuk semula dalam Tafsir Al-Quran Darul Iman ayat 214 dalam surah Al-Baqarah

"Adakah wajar kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang sudah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka ditimpa kepapaan ataupun kemusnahan harta benda dan serangan penyakit, serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh, sehingga berkata rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya, "bilakah datangnya pertolongan Allah?" 
ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
(AL-Baqarah 2 : 214)



SyurgaHati : Bersemangatlah teman, jangan berputus asa, belum masanya untuk berputus asa. Yakinlah kepada Allah, segalanya pasti Allah permudahkan. Carilah syurga di hati, tenang dengan segala yang dihadapi. Think positive, segalanya terbaik untuk hambaNya.

Thursday 14 February 2013

Dunia Yang Merayu 3



Aik, ader 'Dunia Yang Merayu 3' plak...? hehehe, macam series pulak yer... nak mengupas memang panjang... takut nanti kalau letak dalam satu entri, panjang menjela pulak... silap-silap boleh boring pulak bacanya hehe... itu pasal SyurgaHati men'subtopic'kan tajuk hehe... Insya'Allah ni yang terakhir untuk entri bertajuk 'Dunia Yang Merayu'.

Cuma kali ini SyurgaHati nak menyentuh berkaitan zuhud… kita nie manusia memang takut sangat nak buat dosa, apatah lagi kat dunia nie yang sangat banyak kenikmatannya... bila banyak sangat kenikmatan nie kita takut kalau terlalai... Alhamdulillah, kita sedar akan tipu daya dunia nie. SyurgaHati menyentuh mengenai zuhud kerana maknanya zuhud adalah bersederhana… rayuan dunia tetap ada... rayuan dunia menyebabkan kita akan banyak ke arah duniawi... tetapi tidak bermakna kita perlu meninggalkan urusan dunia secara total… dalam zuhud, kita bersederhana dalam kehidupan dunia bukan meninggalkan kehidupan dunia... dalam kita mengejar urusan akhirat kita juga perlu berurusan dengan dunia… memang benar dunia ini hanyalah setitis air laut berbanding akhirat yang sangat luas, seperti luasnya lautan. Kenyataan ini jelas seperti dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dalam hadis riwayat muslim, dari Al-Mustaurid bin Syaddad r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda :

“Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu yang seorang di antara kamu semua memasukkan jarinya dalam air lautan,
maka cubalah lihat dengan apa ia kembali – yakni, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu sangat kecil nilainya dan
hanya seperti air yang melekat di jari tadi”
(Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun dunia ini terlalu kecil berbanding akhirat, namun ini tidak bermakna kita perlu meninggalkan urusan dunia. Yang perlu adalah mengamalkan sikap zuhud, bersederhana... teruslah mencari nikmat dunia, cumanya jangan kita terlalu asyik mengejar dunia. Nikmati hayat yang ada dengan urusan-urusan dunia yang boleh memberi manfaat dalam kehidupan dunia yang tidak mensia-siakan akhirat, nikmati hayat yang ada tanpa mengabaikan akhirat. Jalani kehidupan dunia tapi jangan terpengaruh dengan kebendaan, amalkan konsep memiliki tetapi tidak mencintai. Jangan terlalu mencintai dunia sehingga kita terpujuk dengan rayuan dunia.

Dalam kita menjalani kehidupan dunia ingatlah firman Allah ini :

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu”.
(Surah Al-Hadiid 57:20)

Dan ingatlah pesanan Rasulullah SAW :

“Siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur dan dunia datang kepadanya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia datang sekadar yang telah ditakdirkan baginya”
 (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Insya'Allah dalam mengejar keduniaan kita tidak terlalai, tidak terpujuk dek rayuan dunia. Akhirat tetap kita ingat, tetap kita jaga. Wallahu'alam...

Previous entri
Entri 73 : Dunia Yang Merayu 2 (KLIK)
Entri 72 : Dunia Yang Merayu    (KLIK)



SyurgaHati: Seperti ingin berlayar dilautan, sebelum belayar pastikan kapal dalam keadaan baik. Sekiranya ada kerosakan perbaiki walaupun kerosakan itu kecil. Jangan kerana kerosakan yang kecil kita hanyut dan tenggelam ke dasar lautan. Begitulah dalam menikmati keduniaan. sepanjang kehidupan, berhati-hati dengan kehidupan dunia jangan sampai kita kerugian. Rayuan dunia itu memang indah tetapi berwaspadalah, beringat-ingatlah. Moga kita bahagia di dunia juga bahagia di akhirat iaitu ke syurgaNya.