Saturday 16 June 2012

CINTA = Tidak Mahu Kehilangan ♥


Allah = tidak mahu kehilangan rahmatNya dan redhaNya
Rasulullah S.A.W. = tidak mahu kehilangan syafaatnya
keluarga dan isteri@suami = tidak mahu kehilangan mereka di syurga

cinta adalah tidak mahu kehilangan...

kalau benar kamu cintakan mereka, kamu pasti tidak mahu kehilangan mereka...

setiap makhluk pasti ada hujung hayatnya...
kematian adalah kehilangan seketika...
jika kamu cintakan mereka, bawalah mereka ke syurga...
di syurga adalah pertemuan semula...
jika mereka ke syurga, maka kamu tidak kehilangan mereka...

kerana cinta, kamu tidak mahu kehilangan mereka di syurga...

Dengan namaMu ya Allah... Engkau meletakan aku dalam jagaanMu......;-)
perliharalah akhlakku... agar jalanku sentiasa ke arah syurgaMu...

Allah tidak mencipta manusia dengan penuh kesempurnaan... setiap manusia ada kekurangan ada kelebihan... Allah ciptakan manusia adalah untuk sempurnakan kehidupannya dengan kekurangan dan kelebihannya... sempurnanya hidup manusia itu apabila berjaya di akhirat...^_^

Syukur dengan cinta yang Engkau berikan,
Jika benar cinta ini untuknya, permudahkan aku membimbingnya ke syurgaMu…
Agar aku tidak kehilangannya di syurgaMu, moga cinta ini membawa kami ke syurgaMu…

Cinta adalah tidak semudah memberi dan menerima…
Andai cinta itu hadir memberi salam…
Moga cinta yang hadir itu membimbing ke syurga…^_^...

SyurgaHati : Cintaku ingin membawa kamu ke syurga... kerana aku tidak mahu kehilangan kamu di Syurga... aku mahu cinta ini kekal hingga ke syurgaNYA...

Notes Aku Buat Tersayang