Wednesday 24 August 2011

Notes Aku Buat Tersayang

Kalau kita mencintai seseorang, benar2 sayangkannya... banyak berdoa kepada Allah... agar dia jodoh yang baik untuk kita... kalau dia baik untuk kita Insya'Allah akan makbul... sesungguhnya Allah mengetahui mana yang terbaik untuk kita... SyurgaHati nak berkongsi sikit kisah yang pernah dilalui...

Sebelum tu nk pesan... sebagai hamba Allah kita mesti percaya kepada qada' dan qadar Allah... tak semestinya apa yang kita rancang akan menjadi kenyataan... sesungguh Allah lebih mengetahui... untuk mencipta syurga di hati kita mesti perlu banyak berserah dan bertawakal kepadaNya... barulah hati kita redha dan tanang umpama syurga...

Ha.. hari ini aku nak letak satu kisah yang pernah dilalui sendiri... erm... suatu masa kita pasti bertemu dengan orang yang kita sayang... orang tu akan kita sayangi dan cintai... bagi aku sendiri bila kita dah sayang dan cinta seseorang kita ingin hidup bersamanya... semasa aku bersendirian, sewaktu teringat padanya... tiba-tiba ilham datang untuk menulis... ilham tu bertajuk 'Notes Aku Buat Tersayang'... aku menulis untuk menyatakan isi hatiku padanya...
perkataan 'Notes Aku Buat Tersayang' = sendiri adalah hadir dari namanya...
luahan ni memang untuknya

memang aku sayang kat dia... tapi dalam masa yang sama pasti ada kemungkinan2 lain... kita meracang Allah menentukan... tul tak..? luahan nie aku nyatakan padanya yang aku sangat sayang kepadanya, walaupun suatu ketika nanti kalau terputus...  aku tetap akan sayangkan dia... dan sentiasa mendoakan kebahagian dia bersama suaminya... tetapi dalam masa yang sama aku amat berharap dia isteriku... kerana sayang aku hanya untuk isteri aku...

nak baca x...? hehe...


Notes Aku Buat Tersayang


Insan yang pernah aku lafazkan "sayang sangat-sangat" padanya adalah insan yang paling aku sayang..;-)

Ketahuilah sayang ini sentiasa terpahat di hati biarpun kamu bukan untuk aku… kerana perasaan sayang ini sangat hebat untuk kamu…;-)

Jika ada insan lain di hati kamu dan mampu bahagiakan kamu, pergilah… jangan gusar tentang aku… kerana sayang aku adalah untuk melihat kamu bahagia…;-)

Dari jauh pasti aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu, aku ingin kamu kekal bahagia… inilah tanda sayang aku pada kamu yang tiada penghujung…;-)

Andai ada insan lain yang terpahat di hati ini, kamu tetap aku sayang… akan aku beri tahu kepadanya ada insan lain yang paling aku sayang sebelum kehadirannya… dan satu pesanku padanya (isteriku)… "jika awak isteri saya, awaklah yang pertama dalam hidup saya… sayang dan cinta saya adalah untuk isteri tercinta"...;-)

Kamu tetap aku ingati, kerana sayang aku pada kamu tiada penghujung… namun isteriku tetap yang pertama… dan aku amat berharap KAMU ISTERIKU… kerana aku berharap hanya kamu yg aku cintai, hanya kamu pertama dalam hidup aku…;-)


Sudikah kamu menerima cintaku, menjadi isteriku, menemani hidupku, menyerikan syurgaku di akhirat… kerana sayangku untukmu tiada penghujung…;-) -elyas-

Hanya Kau Yang Satu.

'Notes Aku Buat Tersayang'
by Mohd Elyas Abdul Rahman


inilah notes aku buat tersayang, memang sungguh aku sayangkan dia... memang sungguh aku inginkan dia menjadi isteri aku... namun aku menyerah pada takdir, menyerah pada qada' dan qadarNYA... namun cintaku adalah untuk isteriku...

(jangan salah faham eh... bukan menduakan isteri k... aku sayang semua orang yang hadir dalam hidup aku... saudara2, sahabat2, kenalan2 semua aku sayang. Note ni aku tulis sebab aku benar2 sayangkan dia dan sangat berharap dia menjadi isteriku... namun jika dia bukan isteri aku, biarlah aku terus sayang dia dan terus mendoakan kebahagiaan dia... aku sayangkan dia, tetapi aku lebih sayangkan isteri aku dan cintaku hanya untuk isteriku... kerana itu aku mengharap sangat dia menjadi isteri aku, supaya tidak berlaku salah faham... jangan salah faham eh...)

selagi aku belum beristeri, dialah orang yang paling aku sayang...
jika benar dia isteriku... sayangku, cintaku dan segalanya adalah untuknya...
namun jika dia bukan isteriku... sayangku, cintaku dan segalanya adalah untuk isteriku...

Mohd Elyas say "sayang sangat-sangat" on 14 - 03 - 2010

Friday 12 August 2011

Hari Ini Milik Kamu

Syukur Alhamdulillah... hari ini kita masih diberi nyawa...
diberi peluang menikmati hidup....
Subhanallah... Kasihnya Allah kepada kita, DIA beri kita peluang baru pada hari ini...
peluang kepada kita untuk mengumpul pahala...
peluang berubah, bertaubat... Allah sayang kita...
Allah mahukan kita kesyurgaNYA...
sayangnya Allah kepada kita... diberikan hari ini untuk kita...
kita...? sering lupa nikmat yang paling istimewa iaitu nikmat kehidupan hari ini...
hargailah hari ini, janganlah meratapi kisah-kisah sedih lalu...
yang lalu biarkan berlalu...
gunakan hari yang menjadi milik kita ini sebaik-baiknya...
ciptakan lembaran baru...
laluilah hari ini dengan penuh berkat Ilahi...
lakukan ape sahaja demi mendapat redha Ilahi...


Hari Ini Milik Kamu (by Mohd Elyas)


Tersenyumlah sayang,
Hari ini adalah untukmu,
Hari ini adalah milikmu,
Jadikan hari ini terindahmu,

Berbahagialah pada hari ini,
Gembiralah pada hari ini,
Cerialah pada hari ini,
Senyumlah hari ini,

Hari ini adalah hari milikmu,
Hari semalam hari lepasmu,
Andai semalam yang lepas itu indah,
Kekalkan hari ini dengan senyumanmu,
Andai semalam yang lepas itu sakit,
Di harimu ini kamu masih boleh tersenyum.

Kerana Allah sayang kamu,
Allah berikan hari ini untuk kamu,
Laluilah hari ini dengan sempurna,
Biar hari ini penuh bermakna,
Syukurilah, berdoalah pada Allah,
Moga hari ini penuh rahmat Allah.

Indahkan hari ini dengan senyumanmu yang manis,
Ceriakan hari ini dengan telatahmu yang comel,
Gembirakan hari ini dengan bersama temanmu,
Bahagiakan hari ini dengan orang tersayangmu.

Hari ini milikmu,
Senyumlah sayang,
Hati ini ingin kamu ceria,
Cerialah di setiap hari-harimu.



‘Hari Ini Milik Kamu’ adalah ditulis khas untuk yang tersayang,
 agar kamu ceria bahagia gembira di setiap hari-hari kamu...
-elyas-

Tuesday 9 August 2011

Wanita Itu Istimewa


Wahai kaum Hawa sedarkah kamu… sesungguhnya kamu itu sangat istimewa… kamu sangat disayangi Allah… Allah mencipta kamu dengan sangat unik… mana mungkin Adam mempunyai keistimewaan seperti kamu… Malah Adam tunduk kepada keistimewaan kamu wahai kaum Hawa.

Kamu sungguh cantik… kalau orang kita, kita panggil cunlah masa kamu tidak bertudung…

Tapi… bila kamu pakai tudung… Subhanallah… kalau kata cun tadi… kali ini, wajah kamu penuh kelembutan… cun kamu, berkali-kali ganda…

Subhanallah … Allah mencipta wanita dengan kecantikan, kelembutan apabila bertudung… Subhanallah… 

kamu kelihatan cantik bila tidak bertudung… tetapi, kamu bertambah cantik, bertambah ayu… wajah kamu penuh kelembutan, keredupan, ketenangan… kamu ibarat bulan terang yang sungguh cantik apabila kamu bertudung… Subhanallah…

Allah sungguh bijaksana… mencipta wanita yang indah dengan mensyariatkan menutup aurat… Subhanallah… mereka yang mengikut syariat , adalah mereka yang sangat istimewa… Subhanallah…

Kamu pasti ingin kelihatan cantik bak bidadari syurga… sang puteri dari kayangan… ayuh! Kayangan kamu berada di syurga… jadilah penghuni syurga… ikutlah syariat-Nya… jadilah wanita yang cantik, ayu, indah dipandang, penuh kelembutan… dengan bertudung…

Subhanallah… wajah kamu yang lembut bila betudung, melembutkan jiwa yang tengah marah… Subhanallah… sedarkah kamu, jika kamu meredakan hati yang sedang marah, kamu sebenarnya memperoleh pahala… kerana kamu telah melakukan kebaikan tanpa kamu sedari…

Subhanallah… banyak hikmahnya bila kamu bertudung… menjadi wanita yang punya paras yang cantik, punya kelembutan, punya keindahan… bertudung menjadikan insan yang sangat istimewa, dihormati, disenangi…  menjadi cantik yang sangat cantik… Subhanallah…







*Sedar atau tidak… apabila kamu habis membaca… sebenarnya kamu telah berzikir pada Allah… Kamu menyebut Subhanallah sebanyak 10 kali… Mudah sungguh dapat pahala bukan… sesungguhnya Allah Maha Pemurah…

Saturday 6 August 2011

Mudahnyee............


Dalam kehidupan dunia nie ader 2 kemungkinan kita peroleh…
Dosa atau Pahala… Dua-dua senang nak dapat…
Senang nak dapat pahala… Senang nak dapat dosa…

Tapi…
Sesetengah orang, dia kata...
"senang nk buat dosa… susah nak dapat pahala…"
Erm… silap tu…
Sebab ape ye silap…

Sebab kebanyakan mereke rasa... buat dosa lebih menyeronokan berbanding buat pahala…
Mereka tidak tahu dapat pahala adalah lebih mudah dari dapat dosa…
Pasai ape diorang x tau….

pasai…
Diaorang seronok buat dosa…
(cth : happy kn kalau dapat kene kan orang… hehe…)
sape yang x suke happy...
Memang lumrah lah kan… sume orang suka happy…
tp x kene gaya…

Nie nk bagi tau…
Kalau nak tau r… (rasenye korang dah tau kot… hehe…)
Elak je buat dosa…. Automatik dapat pahala… x ke mudah tu…
haa... kan...?
Senang je kan kita boleh dapat pahala…

Yang perlu kat sini… tingkatkan keimanan…
Insya’Allah… mesti bleh elak dari buat dosa…
Kalau kita pikir betul2… sebenarnya sangatlah mudah untuk dapat pahala…
Allah tu kan maha pemurah…
moga kita menjadi hamba yang beriman...;-)

Wednesday 3 August 2011

Aku Teringat...


Aku Teringat mase mula2 pi terawih dulu...

Satu ari aku pi r terawih… pertama kali pi tu..(x ingat thn bile tp area mase sek rendah r umo 10thn or 11thn lah)
kat johor nie terawih amik 20 rakaat… aduhh lame tu…
bangun… duduk… bangun… duduk… penaatttt…. bile r nak abis….
tiap kali lepas salam aku  pi belakang amik makanan or minuman…(mase tu ader r belen2 juadah buka kat surau)
pas tu aku sambung balik… ( x kira imam tgh duduk ke diri… join je jemaah… habisje  makan terus join jemaah duk kat baris belakang)
ntah brape kali duk ulang minum makan pastu  join jemaah… wat lg minum makan pastu join jemaah…
aku pn duk pk bile r nak abis nie lame dah rase… (mase tu x tau terawih berapa rakaat… main ikut je…)
aku pi kat abah… aku tanya…

aku : abah lambat lagi ker nak abis… x abis2 nie…

abah : 3 kali salam jer… x lame dah nie…

aku : erm… tinggal 3 kali salam je… nak abis dah… (aku cakap dalam ati)


aku pun terus r ikut jemaah… lepas bagi salam aku kira… lagi 2 salam… 2 je… ye ye nak abis…
bagi salam lagi… yeahhhh… dah nak abis… tinggal 1 salam jer lagi…
bagi salam lagi… yeahhhh… abiss… aku terus pakai selipar tunggu abah…
rase macam kejap plak hehe…
(abah wat witir kat umah, sian kat anak dia hehe…)

skang ni aku terpikir kalau abah cakap ENAM rakaat mesti aku rase lambat sangat…
enam rakaat… banyak tu… 
tp abah bagitau TIGA kali salam… tiga kan sikit dari enam xde r rase banyak sangat hehehe…

sampai r skang nie aku x kira rakaat… aku kira salam jer hehe…
 rase macam kejap plak 20 rakaat tu hehehe…

(tips : jangan pk letih hehe…)

Monday 1 August 2011

CINTA


Cinta?  Cinta boleh mensyurgakan hati…?
Yup… cinta boleh mensyurgakan hati…
Cinta membuat kita rasa bahagia…
Membuatkan dunia kita ini indah…
Itulah naluri manusia…
Manusia dilahirkan untuk sayang disayangi…

Bila orang sayang kita…
bahagiakan hidup kita…
indah duniakan…
Tapi ingat…!
Sayang itu harus kerana Allah…

Apabila kita sayang menyayangi…
Jauh di lubuk hati hadir rasa kasih…
Kasih yang hadir itu adalah rahmat dari Allah…
Dari kasih itu…
Kita menjaga ibubapa yang lemah…
Kita menjaga anak yang nakal…
Kita menjaga bayi yang merengek…
Kita menerima kehadiran seseorang itu dalam hidup kita seadanya…

Hebat cinta jika kerana Allah…
Tapi hina jika cinta kerana nafsu…

Biarlah cinta kerana Allah…
Menyayangi seseorang kerana Allah…
Kerana sayang dan cinta ini adalah hadir dari Allah…
Hadir dari hati yang ikhlas…
Cinta  yang ikhlas… ada syurga di hatinya…
IKHLAS…
Itulah syurga hati…

Ketenangan Ramadhan

Alhamdulillah ilham SyugaHati ini hadir di permulaan ramadhan...

Bersyukurlah kita dengan rahmat yang tidak terhingga dari Allah..
Nikmat terhebat yang Allah berikan tanpa kita sedari...
itulah NYAWA...

dengan nyawa kita lalui keindahan hidup...
dengan nyawa kita temui behagiaan hidup...
dengan nyawa kita bertemu Ramadhan yang penuh mulia ini...

Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat...
Ramadhan adalah bulan untuk mencapai ketenangan...

Ketenangan adalah nikmat terhebat dalam jiwa...
Tiada resah, tiada marah, segalanya pasrah kerana Allah...
Hidup dilalui dengan redha, mengharap redha Allah...
Indahnya hidup jika di dalam redhaNya...
Bahagia hidup di dunia dan di akhirat...

Kejarlah ketenangan di bulan Ramadhan yang penuh berkat...
Melakukan amal dengan sabar, mengharap rahmatNya...
Insya'Allah, ketenangan jiwa tercapai dengan izinNya...
Jiwa yang tenang mencipta syurga di hati...