Tuesday 9 August 2011

Wanita Itu Istimewa


Wahai kaum Hawa sedarkah kamu… sesungguhnya kamu itu sangat istimewa… kamu sangat disayangi Allah… Allah mencipta kamu dengan sangat unik… mana mungkin Adam mempunyai keistimewaan seperti kamu… Malah Adam tunduk kepada keistimewaan kamu wahai kaum Hawa.

Kamu sungguh cantik… kalau orang kita, kita panggil cunlah masa kamu tidak bertudung…

Tapi… bila kamu pakai tudung… Subhanallah… kalau kata cun tadi… kali ini, wajah kamu penuh kelembutan… cun kamu, berkali-kali ganda…

Subhanallah … Allah mencipta wanita dengan kecantikan, kelembutan apabila bertudung… Subhanallah… 

kamu kelihatan cantik bila tidak bertudung… tetapi, kamu bertambah cantik, bertambah ayu… wajah kamu penuh kelembutan, keredupan, ketenangan… kamu ibarat bulan terang yang sungguh cantik apabila kamu bertudung… Subhanallah…

Allah sungguh bijaksana… mencipta wanita yang indah dengan mensyariatkan menutup aurat… Subhanallah… mereka yang mengikut syariat , adalah mereka yang sangat istimewa… Subhanallah…

Kamu pasti ingin kelihatan cantik bak bidadari syurga… sang puteri dari kayangan… ayuh! Kayangan kamu berada di syurga… jadilah penghuni syurga… ikutlah syariat-Nya… jadilah wanita yang cantik, ayu, indah dipandang, penuh kelembutan… dengan bertudung…

Subhanallah… wajah kamu yang lembut bila betudung, melembutkan jiwa yang tengah marah… Subhanallah… sedarkah kamu, jika kamu meredakan hati yang sedang marah, kamu sebenarnya memperoleh pahala… kerana kamu telah melakukan kebaikan tanpa kamu sedari…

Subhanallah… banyak hikmahnya bila kamu bertudung… menjadi wanita yang punya paras yang cantik, punya kelembutan, punya keindahan… bertudung menjadikan insan yang sangat istimewa, dihormati, disenangi…  menjadi cantik yang sangat cantik… Subhanallah…







*Sedar atau tidak… apabila kamu habis membaca… sebenarnya kamu telah berzikir pada Allah… Kamu menyebut Subhanallah sebanyak 10 kali… Mudah sungguh dapat pahala bukan… sesungguhnya Allah Maha Pemurah…

No comments:

Post a Comment