Monday 1 August 2011

CINTA


Cinta?  Cinta boleh mensyurgakan hati…?
Yup… cinta boleh mensyurgakan hati…
Cinta membuat kita rasa bahagia…
Membuatkan dunia kita ini indah…
Itulah naluri manusia…
Manusia dilahirkan untuk sayang disayangi…

Bila orang sayang kita…
bahagiakan hidup kita…
indah duniakan…
Tapi ingat…!
Sayang itu harus kerana Allah…

Apabila kita sayang menyayangi…
Jauh di lubuk hati hadir rasa kasih…
Kasih yang hadir itu adalah rahmat dari Allah…
Dari kasih itu…
Kita menjaga ibubapa yang lemah…
Kita menjaga anak yang nakal…
Kita menjaga bayi yang merengek…
Kita menerima kehadiran seseorang itu dalam hidup kita seadanya…

Hebat cinta jika kerana Allah…
Tapi hina jika cinta kerana nafsu…

Biarlah cinta kerana Allah…
Menyayangi seseorang kerana Allah…
Kerana sayang dan cinta ini adalah hadir dari Allah…
Hadir dari hati yang ikhlas…
Cinta  yang ikhlas… ada syurga di hatinya…
IKHLAS…
Itulah syurga hati…

No comments:

Post a Comment