Saturday 24 September 2011

Diamku... Kerana Aku Mencintaimu...

Cinta kalau kerana Allah ia pasti mempunyai keberkatannya sendiri... syurga di hati pasti terhasil jika ape yang kita lakukan sentiasa bersandarkan kepada Allah... jika kita ikhlas, sabar dan tabah dengan ketentuanNya pasti ader kebaikan yang bakal diperolehi... pokoknya kita sentiasa berserah kepada Allah... begitu juga dalam percintaan... kita tidak tahu siapa jodoh kita... tapi Allah yang lebih mengetahui...

Kali nie SyurgaHati nk berkongsi dengan korang semua sebuah entri... 'Diamku... kerana aku mencintaimu...' bagi SyurgaHati entri nie sangat elok dibaca bagi mereka yang mencintai seseorang kerana Allah...

jom kita baca dan renung2 kan...

Jika belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT. pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

thanks kepada yang membaca... hope entri kali nie memberi kekuatan untuk bertemu dengan cinta sejati yang telah Allah ciptakan untuk kita... jangan bersedih andai cinta tidak kesampaian, kerana ada yang terbaik Allah telah ciptakan untuk kita... mungkin juga dia memang untuk kita... tenangkan fikiran, terus berdoa kepada Allah... Insya'Allah ada syurga di hati...;-)

No comments:

Post a Comment