Friday 8 February 2013

Dunia Yang Merayu


Pernah dengar tajuk nie…? haa… sape yg tgk Forum Perdana RTM 1 khamis 07 02 2013, dia pernah dengar… yup, tajuk Forum Perdana RTM1… saja SyurgaHati ambil tajuk nie untuk entri kali nie… SyurgaHati agak tertarik dgn kupasan2 drpd panel yang di jemput.

Dunia yang merayu… maksudnya apa? 'dunia yang merayu’ di sini bermaksud rayuan dunia… dunia seolah merayu kepada kita… rayu yang bagaimana? Dunia merayu, memujuk kita mengikut kehendaknya… seolah dunia merayu seperti ini ‘wahai manusia, cintailah aku… aku pasti memberi apa sahaja… aku akan beri nikmat-nikmat yang banyak… aku beri kebahagian-kebahagian, kegembiran-kegembiraan kepada kamu’ hah, lebih kuranglah… dunia merayu kepada kita agar kita cintakan dunia… itulah yang dimaksudkan dgn ‘dunia yang merayu’… jangan terpujuk rayu dengan dunia sehingga kita lupa adanya akhirat.

Rayuan dunia kebanyak hanyalah melalaikan kita jika kita terlalu mencintai dunia, cuba kita rujuk dalam ayat Al-Quran dalam surah Al-An’am  ayat 32 yang bermaksud…

“Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.
Tidakah kamu mengerti?”
(Al-An’am 6:32)

Dunia dikatakan hanyalah permainan dan senda gurau, apalah sangat nak terpujuk rayu dengan dunia, sedangkan akhirat itu ada yang lebih istimewanya, ia sangatlah baik untuk orang2 yang bertakwa. Orang yang bertakwa di sini maksudnya orang yang tidak terlalu mengejar dunia, orang yang tidak melebih-lebihkan dunia, seperti zaman para sahabat rasulullah… mereka semua adalah kaya raya, harta mereka melimpah ruah tetapi di hati mereka sedikit pun tidak terpengaruh dengan harta duniawi, harta yang ada disalurkan untuk digunakan dalam jalan Allah, kerana itu Allah memberkati harta mereka malah membalas dangan melipatgandakan rezeki mereka.

Panel yang mengupaskan tajuk ini mengandaikan, ‘dunia hanyalah permainan’ ini sama seperti seorang kanak-kanak yang asik bermain, kanak-kanak nie seronok sangat bermain, berlari ke sana ke mari, begitu asik bekejar-kejaran dengan gelak ketawa gembira bukan main, sampai terlupa batu ditanah, apabila tersadung batu,jatuh ke tanah kemudian menagis… begitulah umpamanya, seronok sangat dgn dunia bila dikenakan ujian mula bersedih, menyesal…

Perumpama yang lain pula… umpamanya pelancong yang belayar, sampai kat satu pulau mereka berhenti dan menikmati keindahan pulau, bermain, bersuka ria hingga mereka terlalu lalai sampaikan  tidak terdengar hon kapal… akhirnya kapal berlalu pergi, mereka tertinggal di pulau itu… begitulah perumpamaannya jika terlalu lalai… akhirnya kita tertinggal daripada perjalan yang sebenar itu perjalanan menuju yang lebih baik di akhirat.

Janganlah kita menjadi hamba yang rugi, tidak salah mengejar keduniaan tetapi jangan sampai lupa, jangan sampai lalai… dunia adalah waktu untuk melakukan pelaburan amal, di akhirat, pelaburan yang kita lakukan di dunia akan dibalas, kalau pelaburan itu baik, bahagialah kita di syurga, namun jika sebaliknya, meranalah kita… jangan kita mengalami kerugian dalam pelaburan dunia.


Next entri
Entri 73 : Dunia Yang Merayu 2 (KLIK)
Entri 74 : Dunia Yang Merayu 3 (KLIK)



SyurgaHati: jangan kita terpujuk dengan rayuan dunia, kelak kita akan merana jika kita tidak mampu mengawal pujuk rayu dunia. Bersederhana dalam mengikut kehendak duniawi. Mengejar dunia biar ada syurga di hati, lakukan setiap perkara dgn tujuan kerana Allah. Elakkan lebihkan dunia di hati.

No comments:

Post a Comment