Tuesday 12 February 2013

Dunia Yang Merayu 2


Haa… camne bleh ada ‘2’… haha… sambungan yang lepas ler… sebelum ni memang ade tulis entri pasal ‘ Dunia Yang Merayu’… dalam entri tu SyurgaHati berpesan jangan terpujuk rayu dengan keindahan dunia hingga terlupa keindahan akhirat.

Dalam hidup ni, memang Allah bagi macam2 keindahan dunia kepada kita… tanpa iman, tanpa ketakwaan kepada Allah kita boleh rugi, kita boleh lalai… terlalu asyik dengan dunia, akhirat kita terlalai…

Pernah dengar ‘istidraj’? istidraj ni maksudnya Allah berikan nikmat atau rezeki yang melimpah ruah kepada hambaNya yang tidak beriman, kelalaian mereka Allah membalas dengan nikmat dan akhirnya Allah akan menghukum mereka sekali balasan yang dahsyat… umpamanya seperti tangga… kenikmatan2 itu umpama anak tangga… lepas naik satu anak tangga, naik lagi satu anak tangga, naik lagi dan naik-naik hingga pada satu ketinggian dia jatuh dari ketinggian yang tinggi tadi… bayangkan sahabat2, terjatuh dari satu aras yang tinggi… bagaimana? dahsyatkan balasan Allah selepas Dia memberi kenikmatan demi kenikmatan, akhirnya jatuh binasa… kerana apa? kerana mereka alpa, lalai dengan nikmat yang diberikan…

Jangan kita terpujuk rayu dengan dunia sehingga kita sampai ke tahap istidraj… dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi Rasulullah SAW ada berpesan dalam sabdanya:

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah,

“Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.”
(Al-An’am 6:44)

Dalam ayat yang lain seperti dalam surah Al-A’raf ayat 182 yang bermaksud :

“dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, akan Kami biarkan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dgn cara yang tidak mereka ketahui.”
(Al-A’raf 7:182)

Dalam ayat ni Allah membiarkan orang-orang yang Dia murkai ke arah kebinasaan dengan cara yang mereka tidak ketahui. ‘cara yang mereka tidak ketahui’ bermaksud kesenangan-kesenangan yang Allah beri, Allah memberi kesenangan kepada mereka tanpa mereka sedari kesenangan yang mereka nikmati itu akan menyebabkan kebinasaan kepada mereka seperti kisahnya Qarun.

Makanya, janganlah kita alpa, jangan kita lupa dengan kenikmatan dunia sehingga kita dimurkai Allah. Jangan kita  jadikan dunia sebagai tujuan hidup atau menjadikan dunia sebagai penjara hidup. Ingatlah dalam dunia tetap ada akhirat. Banyak mengingati Allah dengan sentiasa berdoa kepadaNya mohon keredhaanNya agar tidak dimurkaiNya, banyak melakukan kebaikan sebagai bekalan akhirat.


Prev entri : Entri 72 : Dunia Yang Merayu       (KLIK)
Next entri : Entri 74 : Dunia Yang Merayu 3    (KLIK)



SyurgaHati : Menikmati dunia itu boleh tapi jangan sehingga mematikan kenikmatan kehidupan akhirat.

No comments:

Post a Comment