Tuesday 11 September 2012

Rahsia Takdir Ditetapkan




Takdir adalah ketetapan yang Allah telah tetapkan untuk kita sejak kita dalam kandungan lagi.
Mungkin kita sering bertanya kenapa kita perlu percaya pada takdir, kenapa segala-galanya telah ditakdirkan... mungkin sesetengah orang menganggap apa yang terjadi adalah dari apa yang kita lakukan... kita juga mungkin tidak memahami konsep takdir yang sebenar-benarnya, kita sering meletakkan segala-galanya kepada Allah...  ingat “dua perkara seiring dalam satu jalan” dalam setiap apa yang kita lakukan, adanya kuasa dari Allah.

Pernah tak berlaku, Kadang2 setiap apa yang kita lakukan, kita berjaya lakukan sehingga mencapai apa yang kita inginkan. Namun, kadang2 apa yang kita lakukan, kita tidak berjaya mencapai matlamatnya. Semuanya yang berlaku adalah bergantung pada kekuasaan Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kerana itu kita perlu percaya pada takdir yang telah ditetapkan Allah. Bila mana sesuatu itu berjaya kita lakukan atau sesuatu itu gagal kita lakukan, kita masih mempunyai ketenangan dalam hati.

SyurgaHati ingin bicara kenapa perlunya ada takdir dan lihat di mana manfaatnya takdir... dalam surah Al-Hadid ayat 22 - 23 Allah ada berfirman berkaitan dengan takdir...

“Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptakannya, sesungguhnya yang demikian itu sangat mudah bagi Allah.” 
[Al-Hadid : 22]

Dan sambungannya...

“Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangga diri”. 
[Al-Hadid : 23]

Daripada firman Allah di atas (Al-Hadid : 22), kita dapat tahu bahawa takdir itu memang telah ditetapkan... ini menjelaskan Allah lebih tahu daripada kita. Kemudian Allah menyambung pada ayat ke 23 dalam surah Al-Hadid, bahawa ia adalah satu peringatan kepada hambaNya yang telah ditetapkan takdirnya, iaitu supaya kita tidak berdukacita/bersedih dan juga supaya kita tidak terlalu gembira.  Daripada ayat inilah terdapatnya manfaat takdir dalam kehidupan hambaNya. 

Rahsia takdir telah ditetapkan adalah ALLAH MAHU KITA LEBIH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI TAKDIR YANG BAIK MAHUPUN TAKDIR YANG KURANG BAIK.

Apabilanya sampai sahaja suatu ujian atau nikmat, ia membantu kita membentuk jiwa yang bersedia, agar kita mampu bertindak rasional dengan apa yang telah ditetapkan. Percayalah walau baik atau buruk sesuatu takdir itu, ada sesuatu di sebalik semua itu, sesungguhnya Allah Maha Tahu. Islam mengajar umatnya untuk bersikap bersederhana dalam kehidupan kerana berlebihan gembira atau berlebihan bersedih itu boleh merosakan jiwa kita.


Manfaat Takdir : SupayaTidak Terlalu Sedih. (klik)
Manfaat Takdir : SupayaTidak Terlalu Gembira. (klik)
Manfaat Takdir : Supaya Hidup Bersederhana. (klik)

No comments:

Post a Comment