Wednesday 28 December 2011

Tersenyumlah Dengan Takdir Ilahi


Fikir positif wahai kawan2, teman2, sahabat2…
Jangan kecewa dengan apa yang Allah telah tetapkan…
Siapa tahu kalau ada kabaikannya…

Orang pernah bertanya, “boleh ker tersenyum kalau putus cinta?”

Dalam kehidupan tidak semua cinta kesampaian
Bila cinta tidak kesampaian memang sedih, kadang2 sangat2 sedih…
Ramai yang berdukacita kerana cinta…
Manakan tidak, orang yang sangat2 kita sayang, tinggalkan kita..
Takpalah kalau nak bersedih, berdukacita… memang itu lumrah manusia…
Bersedihlah, berdukalah… tapi jangan terlalu lama…
Kesedihan hanya seketika, kerana kegembiraan pasti ada…

Andai kesedihan itu sukar hendak dihentikan, mengadulah kepada Allah…
Mintalah ketenangan daripada Allah, mintalah ketabahan daripada Allah…
Allah sentiasa ada bersama kita… berdolah kepadanya…

Kalau kita berdoa, biarlah berdoa untuk dia yang kamu sayang,
Itu baru betul kamu sayang kepadanya…
Sayang kamu untuknya, tapi cinta kamu untuk Allah… betul…?
Cintai Allah itu yang paling penting, paling utama…
Kemudian cintai yang lain biar kerana Allah…

Tersenyumlah dengan takdir ilahi…
Berdoalah jika kamu masih berdukacita,
Apabila redha hadir, kamu pasti tersenyum…
Berdoalah juga untuknya…

Berdoalah kebahagiaan untuknya, biar kebahagiaan hadir untuk kamu juga…

Apabila kita mendoakan untuk saudara kita tanpa dia ketahui,
Malaikat mendoakan perkara yang sama untuk kita…

Ummu Darda’ r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“ Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat pun berkata kepadanya, ‘Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu!’ ”
(Riwayat Muslim)

Malaikat akan mendoakan perkara yang sama untuk kamu seperti apa yang kamu doakan untuk orang yang kamu sayang.

Maka, ikhlaskanlah hati berdoa yang baik-baik untuk orang lain.
Dan tersenyumlah dengan takdir ilahi

Kerana apabila kamu mendoakan kebahagian orang yang kamu sayangi, kamu juga pasti menemui kebahagiaan jika kamu mendoakannya tanpa dia ketahui. Mana tau kebahagian yang kamu perolehi adalah hikmah dari cinta yang tidak kesampaian itu. Fikir positif kawan2, teman2, sahabat2. Tersenyumlah Dengan Takdir Ilahi

No comments:

Post a Comment