Wednesday 28 November 2012

Hikmah Beristighfar : Rezeki Dipermudahkan

Sebuah lagi kisah yang SyurgaHati ingin berkongsi berkait dengan hikmah beristigfar ialah dipermudahkan rezeki. Ya, dengan melalui istighfar Insya’Allah dipermudahkan rezki oleh Allah ini mengikut kepada hadis Rasulullah SAW dan dalam Al-Quran surah Nuh ayat 10 hingga 12.

Dalam Hadis:

“Barangsiapa banyak beristighfar , nescaya Allah memberikan kelapangan baginya daripada setiap kecemasan, jalan keluar dari setiap kesempitan, 
serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”


Dalam Al-Quran surah Nuh ayat 10 – 12:

“Maka aku(Nuh) berkata kepada mereka, mohonlah keampunan kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, 
serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”


Kisah yang SyurgaHati ingin berkongsi bergini,

Salah seorang peniaga pergi ke pasar untuk menjual barang-barang jualannya. Pasar pada ketika itu penuh sesak dengan peniaga dan pembeli. Dia duduk di tempat yang sudah disediakan untuk berniaga, dia menyusun barang-barang yang akan dijual. Dia duduk di samping barangnya itu. Lama dia menunggu, namun tiada yang mahu membeli. Ada yang datang kepadanya, melihat barang-barang jualannya, tetapi kemudian mereka berlalu begitu sahaja. Dia sedikit kecewa kerana dia sangat memerlukan wang. Dia tiada pilihan selain menunggu barang jualannya dibeli orang.

Waktu sudah lama berlalu, namun tidak ada seorangpun yang membeli. Dia berasa sedih dan mula berfikir apa yang harus dilakukannya? Tiba-tiba, di fikirannya terlintas apa yang didengarnya daripada salah seorang imam masjid, yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa banyak beristighfar , nescaya Allah memberikan kelapangan baginya daripada setiap kecemasan, jalan keluar dari setiap kesempitan, serta memberinya rezaki dari arah yang tidak disangka-sangka” Dia pun membuang segala penghalang lidah dan hatinya untuk banyak beristighfar.

Dia berkata, “demi Allah, sebaik sahaja aku mula beristghfar, ramai pelanggan datang kepadaku. Mereka berebut-rebut ingin membeli barang jualanku, yang satu menawarkan dengan harga tertentu sedangkan yang lain menawarkan dengan harga yang lebih tinggi. Hatiku benar-benar gembira dan barang-barangku habis dijual. Alhamdulillah, aku membawa pulang wang hasil jualan aku hari itu, sedangkan kedua mataku tidak berhenti-henti bercucuran air mata, kerana sudah lama aku melupakan simpanan tetap berharga ini, iaitu ISTIGHFAR.



SyurgaHati : kisah ini diambil dari sebuah buku ‘Dahsyatnya Energi Syukur Istighfar Muhasabah’, rujukan daripada Dahsyatnya istighfar, Hasan Bin Ahmad Hamam, Mumtaza, Solo, h. 88-90. Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama dipermudahkan rezeki. Semoga kita tenang dalam mencari rezeki. Astaghfirullahal’azim... Astaghfirullahal’azim... Astaghfirullahal’azim...


No comments:

Post a Comment