Friday 11 November 2011

Islam Dan Cinta

sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari kiamat kelak,
 “mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku”
(Sahih Muslim)

Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan, di samping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan di kala suka dan duka, lapang dan sempit.

Cinta kepada berlainan jantina  bukan sesuatu yang kotor. Bahkan ia adalah sesuatu yang suci. Perkahwinan adalah ‘bingkai’ yang dapat menjaga kesucian itu. Cinta tidak haram dan tetap terjaga kesuciannya selama tidak menimbulkan kemaksiatan kepada Allah.

Islam adalah agama fitrah kerana itulah Islam tidak membelenggu perasaan manusia. Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang mekar pada diri seseorang manusia. Akan tetapi islam mengajar kepada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa sahaja yang mengotorinya.

Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta dan mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram. Cinta itu harus dijaga dan dilindungi dari kehinaan dan kekotoran.

“barangsiapa mencintai lalu mampu menahan diri dari perbuatan yang dilarang, serta dapat menyembunyikan perasannya , kemudian dia mati, maka ia mati syahid”
(hadis marfu’ dari sahabat ibnu Abbas dan ‘Aisyah)


“sesunguhnya aku mencuba untuk mencintainya kerana Allah dan aku ingin cinta ini menjadi cinta yang benar di hadapan Allah” -elyas-

No comments:

Post a Comment