Ujian adalah tarbiyyah dari Allah, semakin dekat bahtera kita
denganNya... semakin kuat dan hebat taufan yang
melanda... hidupkanlah hatimu dengan mengenalNya, akal yang memahami hakNya dan
jiwa yang mencintaiNya.
Kelak dirimu akan terasa bahagia dan menemui jalan kebenaran atas kasih sayang yang diberikanNya..
Sungguh hatimu akan merasakan manisnya takdir Allah jika kamu mencintaiNya, kerana itulah dikatakan...
Individu yang paling mencintai Allah adalah orang yang paling mengenaliNya
Jika inginkan Allah ingat kita di waktu susah
Jangan lupa Dia di
waktu kita telah senang
Sama ada ketika senang atau susah, ingatlah Allah sebagai tempat pergantungan... mengingati Allah tidak hanya ketika kita susah, malah ketika kita berada dalam kegembiraan...
sebagai tanda
kita bersyukur kepada nikmat yang diberikanNya
jagalah Allah... pasti Allah akan
menjagamu...
a Allah
Bergembiralah hanya kerana Allah
Berbahagialah hanya kerana Allah
Berbuatlah sesuatu perkara kerana Allah
Bergembiralah hanya kerana Allah
Berbahagialah hanya kerana Allah
Berbuatlah sesuatu perkara kerana Allah
Berdoalah kepada Allah...
Jika Allah s.w.t. memakbulkan doamu,
maka Allah meneguhkan kepercayaan
mu kepadaNya,
Jika Allah s.w.t. menangguhkan doamu,
maka Allah menguji kesabaranmu,
Jika Allah s.w.t. tidak memakbulkan doamu,
maka Allah telah merancang
sesuatu yang lebih baik buatmu.
Tidak ada perintah yang lebih dijunjung oleh seorang
hamba Allah itu melainkan perintah Allah...
Dan Tuhanmu berfirman:
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari
menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina".
( Surah Ghafir 40 : 60)
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka
(jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang
berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran.
(Surah Al-Baqarah 2 : 186)
No comments:
Post a Comment