Di bulan
Ramdhan yang mulia ini kita mulakan dengan lebih mendekati Allah s.w.t. dan
lebih mengenali Allah s.w.t. agar Ramadhan kali ini penuh dengan berkatNya.
Ingatlah Allah, firmanNya yang bermaksud :
“Kerana
itu, ingatlah kamu kepadaKu,
nescaya Aku pula akan sentiasa ingat akan kamu.”
nescaya Aku pula akan sentiasa ingat akan kamu.”
( Surah
Al-Baqarah : 152 )
Usahakan
diri kita sentiasa bersama Allah (dalam setiap tindakan dalam hidup), pasti
Allah juga sentiasa bersama kita. Siapa yang Allah bersamanya pasti dia akan
dipelihara (dari segala bentuk mara bahaya yang mengugat kehidupan). Allah
s.w.t. menjelaskan :
“Allah
berfirman: janganlah kamu berdua (Nabi Musa dan Nabi Harun) takut dan bimbang
sesungguhnya Aku bersama dengan kamu berdua,
Aku Mendengar dan Melihat.”
Aku Mendengar dan Melihat.”
( Surah
Taha : 46 )
Dekati
Allah, Dia lah yang akan memberikan ketenangan di dalam hati kita, kedamaian di
dalam jiwa kita. Kenali Allah, agar Ramadhan kali ini lebih penuh bermakna dan
merasai kehambaan kepadaNya. Amalan yang penuh dengan kehambaan membuat amalan
itu penuh barakah.
“Dan Allah
sekali-kali tidak alpa dari apa yang kamu lakukan.”
( Surah
Al-Baqarah : 74 )
Berkat
daripada Allah s.w.t. membuat semua amalan tidak berakhir di bulan Ramadhan
malah kalian akan seronok untuk meneruskan amalan itu selepas bulan ramadhan.
Semoga bulan Ramdhan kali ini memulakan segala kebaikan dalam hidup kita.
permulaan yang baik dan penuh berkat memberi banyak kebaikan pada masa-masa
akan datang.
SyurgaHati : Jadikan inspirasi 1 Ramadhan sebagai pemankin beramal ibadat. Kita sering katakan bulan Ramadhan bulan mulia yang penuh berkat, dan kita selalu meningkatkan amalan di bulan Ramadhan kerana ganjarannya yang berlipat ganda. Apalah kiranya menjadikan inspirasi ramadhan ini pada bulan-bulan lain untuk selalu dekat dengan Allah s.w.t.