Saturday 14 July 2012

Fahami Konsep Takdir


Sejauh mana kamu mengerti erti takdir…?
Adakah kamu meletakan segalanya pada takdir tanpa berusaha…
kalau iya… ini bermakna kamu bermalas-malasan,
kamu meletakan takdir untuk melepaskan diri dari berusaha…
kamu seolah menyalahkan takdir

kamu tahu takdir hadir dari mana…?
Sudah pasti kamu tahu takdir adalah ketetapan Allah…
makanya kamu secara tidak langsung kamu telah mempersalahkanNYA… 
hinanya kamu apabila kamu mempersalahkaanNYA…
sedangkan DIA yang Maha Tahu…

Begitulah manusia yang tidak mengerti erti takdir…
Mereka meletakkan takdir sebagai alasan untuk berada dalam pada tahap lama…
Sedangkan apabila mereka berusaha, pasti mereka akan berjaya…

Memang benar apa yang terjadi adalah takdir Allah…
Tetapi tidak bererti kamu tidak perlu berusaha…
Islam menggalakan umatnya terus berusaha…

Bersederhanalah dalam memahami erti takdir…
Islam mengajar kita bersikap tolak ansur dan bersederhana,
Tidak berlebihan tidak pula berkurangan…

Sekiranya terlalu taksub dengan takdir
Mereka tidak memiliki kemampuan untuk berusaha,
Maka mereka akan bersikap lemah dan tidak mahu berusaha..

Sebaiknya
Mempercayai sepenuhnya pada takdir dan tetaplah berusaha…
Jangan menjadikan takdir sebagai alasan untuk bermalas-malasan,
Jangan menjadikan takdir untuk mengelak daripada berusaha.

SyurgaHati : Mereka yang tidak memahami konsep takdir hanya akan membuatkan mereka mempersalahkan takdir apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada mereka. Mereka yang memahami konsep takdir akan menerima apa yang ditetapkan dengan hati yang redha. Konsep takdir yang perlu difahami ialah sesuatu yang terjadi adalah ketetapan Allah, yang mana kita telah mengusahakan sesuatu namun Allah jugalah menetapkan segalanya.

No comments:

Post a Comment